Janji Siasat Skandal RM100 Bilion Mahathir Jika Menang PRU Sandiwara DAP

Share This:

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di dalam laman blognya ada menyatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan melakukan siasatan dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) siasatan kerugian RM100 bilion daripada beberapa skandal kewangan melibatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama menjadi Perdana Menteri.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao hari ini menempelak DAP kerana berdolak-dalih berkenaan skandal kewangan zaman Mahathir.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, jika Kit Siang tahu ada kebenaran berkenaan penglibatan Mahathir dalam skandal itu mengapa pakatan pembangkang sanggup bersekongkol dengan Mahathir untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, Ramesh mempersoalkan mengapa DAP tidak menjalankan pemeriksaan awal dan siasatan awal ke atas Mahathir untuk mengetahui sejauh mana penglibatan Mahathir dalam skandal berkenaan.

“Mereka hanya pancing rakyat mengatakan akan menyiasat kerugian RM100 bilion ini jika menang pada PRU14 sedangkan mereka boleh mula siasat Mahathir sekarang,” kata Ramesh.

Beliau berkata Kit Siang hanya meletakkan perkara itu di dalam blognya kerana mahu rakyat mengundi DAP dan PH pada pilihan raya untuk mendapat mandat Kerajaan Persekutuan di Putrajaya seterusnya boleh membentuk kerajaan.

Ramesh tahu, jika DAP menang, mereka tidak akan melakukan siasatan berkenaan kerana mereka akan mempertahankan mereka yang mempunyai kepentingan kepada mereka.

“Mahathir ada kekayaan yang berbilion hasil dari skandal ketika jadi Perdana Menteri yang boleh digunakan oleh DAP dalam usaha memenangi PRU akan datang.

“Saya juga tidak yakin Kit Siang akan siasat Mahathir kerana ketika disoal Pasukan Petugas Khas Skandal Forex, Kit Siang tidak bercakap benar dan tidak mendedahkan pun kaitan Mahathir dalam skandal berkenaan.

“Macam mana mahu siasat kalau di dalam siasatan skandal FOREX pun Kit Siang tidak mahu beri keterangan yang betul?” kata Ramesh.

Bagi Ramesh, Kit Siang mempunyai banyak pengetahuan berkenaan skandal berkenaan sehingga Kit Siang ada menulis buku berkenaan skandal berkenaan.

Janji siasatan oleh RCI ke atas skandal kerugian RM100 bilion oleh Kit Siang sebenarnya adalah janji kosong sahaja sepertimana janji yang dibuat DAP kepada rakyat di negeri Pulau Pinang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*