Itali Tersingkir, Ventura Nafi Letak Jawatan

Share This:

MILAN: Pengurus Itali, Gian Piero Ventura menafikan bahawa dia sudah meletakkan jawatan, namun meminta maaf kepada penyokong negaranya selepas pasukan tersebut gagal dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia, awal pagi Selasa.

Ventura berkata, dia tidak akan membuat keputusan tentang masa depannya sebelum bercakap dengan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC).

“Saya belum letak jawatan kerana saya belum bercakap dengan Presiden FIGC, Carlo Tavecchio,” katanya kepada pemberita selepas Itali pulang tangan kosong dengan agregat 1-0 dalam aksi menentang Sweden.

“Saya meminta maaf dengan sesungguhnya di atas keputusan tersebut, namun bukan untuk usaha yang telah dilakukan untuk memenangi perlawanan.

“Memang keputusan itu teruk daripada pandangan sukan. Saya kecewa, Saya berterima kasih kepada penyokong di San Siro kerana memberi sokongan sehingga ke akhir perlawanan.

“Saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada pasukan biru dan sudah bekerja sama dengan pemain terunggul,” tambah pengurus berusia 69 tahun itu. – Eurosport

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*