Guan Eng Berani Kutuk BN Hanya Selepas Menang Pemilihan Semula CEC

Share This:

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan angkuh sekali lagi membuat kenyataan menipu mendakwa bahawa kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) tidak ada membantu langsung kerajaan negeri Pulau Pinang dan mangsa banjir yang berlaku pada 4 November lepas di negeri itu.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang membuat kenyataan itu dua tiga hari selepas disahkan menang pemilihan Jawatankuasa Kerja Eksekutif (CEC) DAP pada 12 November lepas selepas rasa selamat kembali menerajui DAP.

Sebelum hari pemilihan, muka Guan Eng muram dan masam terutamanya ketika melawat mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang.

Dia ada mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang datang ke Pulau Pinang dan melawat keadaan mangsa serta meninjau keadaan bencana banjir yang melanda.

Guan Eng pandai tunggu selepas disahkan menang pemilihan semula CEC itu baru berani mengkritik kerajaan pusat berkenaan bantuan berkenaan.

Itupun, beliau tidak berani menuduh secara terus kepada Najib mendakwa bahawa tidak ada bantuan dari kerajaan pusat.

Kerajaan DAP sengaja tutup mata walaupun Najib sudah pun mengumumkan 13 projek tebatan banjir ketika melawat Pulau Pinang.

Bantuan barang keperluan yang diberikan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) sebanyak 60 kontena seakan-akan tidak wujud kerana tidak dipedulikan oleh Guan Eng.

Kalau Guan Eng menunjukkan sikap angkuhnya sebelum pemiliha CEC, beliau bimbang akan kalah atau tidak mendapat undi yang banyak sekaligus mungkin hilang jawatan sebagai Setiausaha Agung dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Penulis pernah menyatakan dalam artikel sebelum ini bahawa orang ramai menunggu kelakuan Guan Eng selepas banjir di Pulau Pinang surut selepas berlakon dengan hebat menangis dan merayu bantuan daripada kerajaan pusat BN ketika banjir teruk melanda negeri itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*