Gianluigi Buffon Menangis Itali Tersingkir Ke Piala Dunia

Share This:

 

Gianluigi Buffon (gambar) tidak dapat menahan sebak selepas dirakamkan menangis ketika ditemubual oleh pemberita selepas penyingkiran mengejutkan pasukan Itali daripada kelayakan Piala Dunia menentang Sweden.

 

Ini kerana ramai peminat bola sepak turut berduka cita dengan insiden tersebut.

 

Menurut sumber,penjaga gol legenda itu dikatakan tidak dapat menahan emosi selepas kemunculan kali ke-175 berakhir dengan kekalahan tuan rumah di San Siro.

 

Memetik laporan Eurosport, tangisan Buffon itu kemudiannya tersebar di laman sosial dengan pantas.

 

Buffon sudah membuat keputusan untuk menggantung sarung tangannya selepas Piala Dunia 2018 di Rusia dan nampaknya dia terpaksa ‘bercuti’ lebih awal.

 

Buffon berkata: “Kami berbangga, kami pasukan yang kuat, kami degil. Kami akan bangun semula seperti yang biasa kami lakukan.

 

“Saya akan meninggalkan pasukan kebangsaan yang tahu bagaimana untuk bangkit semula.

 

“Saya harapkan yang terbaik untuk semua terutamanya kepada mereka yang berkongsi perjalanan ini bersama saya,” ujarnya sebak.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*