Berani Tunjuk Kemewahan Kerana Bersama Dalam Pembangkang?

Share This:

Anak-anak kepada Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad begitu rancak menayang kekayaan dan kemewahan mereka di media sosial kerana mereka tahu parti pembangkang tidak kisah mengenainya walaupun kekayaan itu diperolehi secara salah oleh mereka.

Bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz sudah beberapa kali mempamerkan kekayaan dan menunjukkan gambar beliau sekeluarga melancong ke negara-negara mewah di media sosial tidak semasa beliau berada dalam Barisan Nasional (BN). Mukhriz yang kini adalah Timbalan Presiden PPBM, tahu beliau tidak akan diambil tindakan jika menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimilikinya.

Kalau ketika dalam UMNO, kalau sudah tidak sedar diri dan menunjukkan kekayaan, pasti pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan siasatan berkenaan punca kekayaan luar biasa Mukhriz yang mungkin tidak diisytiharkan. Bagaimanapun, dalam pakatan pemimpin pembangkang tidak takut kerana mereka sama-sama saling mengumpulkan kekayaan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri kaya sampai tayang rumah banglo kebanggannya di Jalan Pinhorn, Georgetown itu kepada umum yang dibeli bawah dari harga pasaran sampai dituduh rasuah di mahkamah. Pemimpin pembangkang tidak takut dibicarakan kerana mereka tidak menghormati undang-undang tetapi ahli parti sanggup mempertahankan salah guna kuasa mereka.

Sudah pastinya, Guan Eng dan pemimpin lain dalam PH sanggup mempertahankan Mukhriz yang semakin rancak menunjukkan kekayaannya kepada khalayak ramai di media sosial.

Ada gambar, Mukhriz bersama anak-anaknya memegang seekor ikan lumba-lumba di hotel antara yang termahal di dunia iaitu Atlantis di Dubai.

Sebelum ini, Mukhriz agak berang apabila gambar anaknya yang menunjukkan kekayaan keluarga mereka di media sosial dan mengancam akan mengambil tindakan saman ke atas portal atau laman web yang menyiarkan gambar-gambar berkenaan.

Hari ini, kebanyakan portal seakan-akan membidas Mukhriz dengan memuatnaik gambar diri beliau sendiri dengan kekayaan yang mewah bersama-sama keluarga sedangkan negeri Kedah asal mereka sedang dalam proses pemulihan dari bencana alam banjir.

Di dalam PPBM, begitu rancak anak Mahathir bukan sahaja Mukhriz tetapi juga yang lain contohnya Mirzan yang gambar anaknya tidur dengan anjing tersebar sehingga menjadi kecaman orang ramai dan netizen.

Semuanya, mereka berani kerana Mahathir sudah jadi pembangkang dan pemimpin parti pembangkang lain hanya akan membantu mempertahankan Mahathir daripada cuba menjatuhkannya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*