Video Bomoh, Perempuan Bertudung Dan Mahathir

Share This:

KETIKA ini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan apa sahaja untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan beliau berada dalam keadaan terdesak.

Mahathir yang kini berusia 92 tahun dikatakan menghadapi masalah untuk membawa pulang harta-harta beliau yang bernilai berbilion ringgit di luar negara atas nama proksi-proksi. Menurut sumber, jika Najib gagal ditumbangkan maka harta-harta tersebut akan “dikendurikan” oleh proksi-proksi dan penama-penama beliau.

Oleh itu, tidak hairanlah Mahathir yang pernah bertugas sebagai seorang doktor perubatan bercakap seolah-olah beliau “bertuhankan” bomoh.

Luangkan masa anda seketika untuk TONTON VIDEO di bawah:-

1. Yang bertanya soalan itu seorang muslimah yang bertudung labuh menepati ciri-ciri yang dituntut Islam. Walaupun tudung labuh, belum terjamin hatinya suci dan imannya teguh. Kerana mulutnya dikuasai syaitan menimbulkan persepsi dan fitnah. Dalam masa yang sama menduakan Allah dengan mempercayai perkara-perkara syirik.

2. Yang menjawab soalan pula seorang doktor perubatan. Doktor pun mempercayai bomoh ke ? Dulu pernah memperli Almarhum Dato Dr Haron Din kononnya menjual ari jampi. Sedangkan itu air bacaan ayat-ayat Al-Quran. Sekarang dia pula percayakan bomoh.

Begitulah besarnya pengaruh satu benda yang bernama FITNAH dalam masyarakat kita hari ini, hinggakan seorang muslimah pun percayakan perkara-perkara yang menyekutukan Allah. Dan seorang doktor perubatan pula telah mempercayai bomoh.

Kalau bomoh ada kuasa, telah lama BN menang 222 kerusi parlimen dan semua negeri. Malah menurut beberapa sumber, ketika Mahathir menyampaikan ucapan ‘Bicara Negarawan’ di Pasir Gudang beberapa tahun yang lepas, beliau berkata, Najib telah ‘disihir’ oleh Rosmah Mansor sehingga menyebabkan dia tunduk dengan segala kehendak dan kemahuan isterinya.

Tidak cukup dengan itu, Mahathir turut mendakwa Rosmah Mansor mempunyai ramai bomoh dari pelbagai tempat, termasuk Indonesia dan India yang ditugaskan untuk membantu perdana menteri mentadbir negara.

Disebabkan Mahathir terdesak mahu menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri, beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan yang ada kalanya tidak masuk dek akal.

Timbul dua persoalan apabila Mahathir mengeluarkan kenyataan tersebut, pertama apakah Mahathir percaya bomoh itu mempunyai ‘kuasa ajaib yang hebat’ sehingga boleh menyebabkan seseorang tunduk atau menjadi bodoh?

Sekiranya benar bomoh tersebut mempunyai ‘kuasa ajaib yang hebat’ sudah pasti mentara, jampi serapah bomoh tersebut telah digunakan terhadap Mahathir agar beliau tunduk dan tidak lagi menyerang Najib.

Dan yang kedua, apakah ini menujukkan Mahathir telah murtad kerana percaya ada kuasa lain yang lebih hebat dari kuasa Allah swt? Sebagai orang Islam, kita dituntut untuk tidak menyekutukan Allah swt dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk.

Ini kerana menurut hukum Islam mereka yang berjumpa dan mendapatkan khidmat bomoh, pawang, dukun, atau sebagainya itu berdosa besar.

  • pru14.tv

 

Marina dikatakan minta sami Buddha-Hindu baca doa keselamatan Mahathir masa Mahathir buat bypass dulu

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*