Tular Alat Sulit Lelaki Tersangkut Pada Dumbel Di Gimnasium

Share This:

 

Seorang lelaki panik apabila alat sulitnya tersangkut pada lubang dumbel di sebuah gimnasium.

 

Lagi malang apabila gambarnya menjadi tular di media sosial.

 

Insiden itu dilaporkan berlaku di Worms, Rhineland-Palatinate, barat Jerman pada September lalu.

 

Menurut sumber,difahamkan alat sulit lelaki terbabit tersangkut pada dumbel seberat 2.5 kilogram.

 

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu bagaimanapun mampu menarik nafas lega apabila besi tersebut berjaya dikeluarkan.

 

Pasukan bomba menggunakan pemotong besi untuk mengeluarkan alat tersebut daripada alat sulit lelaki terbabit.

 

Pihak hospital turut menyiasat bagaimana gambar tersebut boleh tular di media sosial.

 

Namun netizen berpendapat gambar itu tular selepas berlaku kebocoran data.

 

“Dumbel itu berjaya dikeluarkan selepas tiga jam dengan bantuan pemotong besi,” kata jurucakap bomba.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*