Terbebannya Rakyat Malaysia Bila Harga Minyak Naik Sampai 7 Sen!

Share This:

Minggu lalu, antara topik paling hangat dibicarakan adalah kenaikan harga runcit bagi RON 95 dan 97 serta Diesel bagi 9 November sehingga 15 November yang mencecah angka 7 sen seliter. Ramai yang memberi reaksi balas yang mana majoritinya menghentam kenaikan berkenaan yang disifatkan cukup menekan rakyat Malaysia yang dikatakan tertekan akibat kenaikan harga barang.

Namun begitu, ketika hentaman dan kritikan terhadap kabinet yang memutuskan untuk menaikkan harga runcit minyak petrol dan diesel ini kuat kedengaran, masih ada rakyat Malaysia yang menzahirkan kehidupan penuh tekanan mereka menerusi pelbagai cara yang disifatkan sebagai bukti hidup mereka dalam tekanan dan ekonomi Malaysia menghampiri kemuflisan.

Mari kita lihat bagaimana rakyat Malaysia menzahirkan tekanan mereka kepada khalayak ramai. Pada 11 November lalu, laman web membeli belah terkenal Malaysia, Lazada mengadakan jualan hebat yang menawarkan harga barang pada potongan yang cukup tinggi. Di beritakan, pada hari berkenaan, laman web berkenaan dikerumuni oleh orang ramai yang ingin merebut peluang membeli belah pada harga yang murah.

Sehinggakan, pada waktu puncak di hari berkenaan, laman web berkenaan terlalu sesak sehingga sukar untuk dilayari. Malah, perkhidmatan perbankan secara online juga sesak dan ada diantaranya tidak dapat diakses oleh orang ramai.

Bagi penggila gajet pula, Apple Inc telah melancarkan model terkini I Phone X yang mana ianya mendapat sambutan yang cukup hebat dari para penggemarnya. Di beritakan, sebanyak 23 buah telefon berkenaan di bawa masuk ke Malaysia pada peringkat awal namun tempahan yang diterima mencecah angka ribuan orang. Untuk rekod, harga seunit telefon berkenaan adalah sekitar RM 3,500.

Dalam sektor permotoran pula, perlancaran versi baru MyVi, baru-baru ini cukup mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Di fahamkan, pada hari perlancaran berkenaan, sebanyak 1,500 orang telah menempah model ini di mana setiap tempahan, wajib disertakan dengan wang tempahan sebanyak RM 500.

Untuk Honda pula, mereka baru melancarkan satu model baru, Honda Civic Type R yang dijual pada harga RM 320 ribu seunit tanpa insuran. Pada awalnya, Honda Malaysia menyasarkan tempahan sebanyak 30 unit model berkenaan dari rakyat Malaysia namun, menerusi satu laporan hari ini, pihak Honda Malaysia telah menerima tempahan sebanyak 60 unit bagi model ini sahaja.

Terbaru, dua bukti terkini betapa teruknya tekanan rakyat Malaysia terhadap kenaikan harga barang dan minyak petrol ini. Yang pertama adalah berlaku sedikit ketegangan dan perebutan dalam penjualan tudung yang menyaksikan kesesakan berlaku di premis berkenaan.

Bukti kedua pula adalah berlaku ketegangan sehingga menyaksikan insiden tumbuk menumbuk berlaku di KLCC disebabkan ingin memiliki sepasang kasut berjenama Adidas. Melihat kepada dua kes ini, nampaknya, ada diantara rakyat Malaysia lebih rela lebam di muka mereka dari berusaha bersungguh-sungguh menambah pendapatan mereka di saat kenaikan harga barang yang berlaku di seluruh dunia.

Contoh-contoh diatas ini menampakkan betapa seksanya rakyat Malaysia hari ini disaat kenaikan harga minyak mencecah angka 7 sen seliter. Itu belum lagi menceritakan bagaimana tempahan rumah yang mencecah angka RM 500 ribu sehingga jutaan Ringgit yang laris macam goreng pisang panas. Nampaknya, tidak lama lagi, ekonomi Malaysia bakal muflis seperti yang didakwa oleh pembangkang sejak sekian lama.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*