Taman Khas Bakal Dibuka Di Paris Bagi Golongan Yang Suka Bogel

Share This:

 

 

Terdapat undang-undang yang tidak membenarkan mana-mana individu berbogel di tempat awam dan mereka bakal dihukum denda sebanyak AS$15 ribu (RM62797.50) atau dipenjara selama setahun.

 

Pada kebiasaannya jika sesiapa yang berbogel di tempat awam, pasti akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa kini lain pula yang bakal terjadi di ibu kota Perancis ini tidak lama lagi.

 

Difahamkan bandar raya itu dikatakan  bakal membuka satu taman khas buat individu yang gemar berbogel tanpa khuatir ditangkap oleh pihak berkuasa.

 

Dikatakan majlis bandar tersebut juga telah meluluskan rancangan untuk membuka taman khusus tersebut buat golongan berkenaan untuk beristirahat.

 

Namun, salah seorang pengiklan memberitahu stesen antarabangsa CNN bahawa mereka masih belum memutuskan lagi di manakah lokasi taman itu bakal dibuka.

 

Bagaimanapun, ianya berkemungkinan berhampiran dengan Lac Daumesni di tenggara Paris.

 

Jurucakap Timbalan Datuk Bandar, Bruni Jiliard telah menyokong rancangan itu dan mengesahkan bahawa pembukaan taman itu telah diluluskan dalam mesyuarat majlis bandar.

 

Usul pembukaan taman itu juga telah dicadangkan oleh Parti Hijau Paris dalam penghujahan bertulisnya kepada Majlis Bandar Raya Paris yang mengatakan bahawa Perancis merupakan tempat untuk golongan gemar berbogel.

 

Seramai dua juta ahli bogel dari Jerman, Belanda, Britain dan Belgium dikatakan sangat suka datang ke Paris dengan bertujuan untuk berbogel di sana.

 

Tambahan pula, terdapat kira-kira sebanyak 155 pusat percutian semula jadi di Paris yang menjadi tumpuan golongan itu.

 

Ketika ini, terdapat cuma satu lokasi di Paris yang membolehkan golongan itu berbuat demikian iaitu di kolam Le Gall namun ia hanya boleh digunakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu malam sahaja.

 

“Lokasi itu makin kecil dan kolam itu ditutup setiap kali musim panas. Kami ada kira-kira 1,000 ahli dan jumlah itu juga kian meningkat,” kata wakil Presiden Persatuan Promosi Naturisme di Liberty (APNEL), Jacques Frimont.

 

Frimont sendiri berusaha untuk membuat kawasan itu menjadi lebih besar untuk golongan bogel itu lebih selesa melakukan aktiviti mereka di taman tersebut.

 

Tambahnya lagi, tempat itu agar sesuai kerana mempunyai air pancut dan agak selesa untuk mereka yang ingin berjemur. Dia juga berharap agar Lac Daumesnil dapat digunakan pada musim panas tahun ini.

 

Selain itu, kerajaan Paris juga telah menyediakan rancangan untuk meluaskan tasik di Lac Daumesnil kepada zon renang untuk orang awam.

 

Seorang ahli bogel Paris, Denis Porquet turut mengatakan bahawa kolam renang itu terlalu sempit apabila pernah seramai 150 orang menyerbu kawasan tersebut pada 21 September 2016 lalu.

 

“Kami bebogel di khalayak ramai untuk berseronok. Kegiatan ini bukan melakukan perkara tidak senonoh di tempat awam. Tapi kami hanya tidak berbaju dan tidak melakukan jenayah,” katanya.

 

Manakala,kes berbogel di tempat awam pernah juga terjadi di Malaysia pada awal tahun 2017 yang berlaku di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang dan tindakan telah diambil keatas syarikat yang menganjurkan  program motivasi itu kerana melakukan aktiviti sambil berbogel.

 

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata modul motivasi itu tidak sepatutnya diwujudkan kerana perbuatan terbabit mencemar budaya bangsa dan melanggar adat resam serta tatasusila rakyat negara ini.

 

“Ini bukan budaya kita. Ini gila punya kerja. Kalau mahu ikut cara barat pun, carilah yang munasabah…ini bukan tamadun kita, sebaliknya kembali semula ke zaman batu,” katanya.

 

Sehubungan itu, polis menahan 39 peserta lelaki berumur dalam lingkungan 19 hingga 23 tahun kerana disyaki berkelakuan lucah di tempat awam dengan berbogel ketika menyertai program motivasi di sebuah pusat peranginan di Bentong.

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*