Pusing Kepala 180 Darjah

Share This:

SEORANG remaja berusia 14 tahun dari Pakistan, Muhammad Sameer, digelar ‘manusia burung hantu’ kerana kemampuannya memutar kepalanya sehingga 180 darjah.

Memetik laporan portal Daily Mail, Sameer yang berasal dari Karachi, Pakistan menggunakan ‘kebolehannya’ itu untuk menyara keluarga selepas ayahnya sakit.

Dengan menggunakan tangan untuk memusing kepala, Sameer membuat persembahan bersama kumpulannya, Dangerous Boys.

Sameer berharap dengan kebolehan yang luar biasa itu, dia akan mendapat peluang untuk berlakon dalam filem Bollywood.

“Ketika saya berusia enam atau tujuh tahun, saya melihat seorang pelakon filem seram Bollywood memusing kepalanya untuk melihat ke belakang.

“Saya tertarik dengan kebolehan itu. Sejak hari itu, saya sering berlatih berbuat demikian dan selepas beberapa bulan, saya boleh melakukannya,” katanya.

Bagaimanapun, ibunya tidak menyokong tindakan anaknya itu kerana bimbang akan keselamatan Sameer.

Menurut remaja itu, ibunya pernah menampar dia apabila melihat dia memusingkan kepala.

“(Bagaimanapun) dia kemudian sedar itu adalah kebolehan istimewa saya,” katanya.

Sameer kemudiannya berhenti sekolah dan menubuhkan Dangerous Boys, sebuah kumpulan penari, bersama tujuh lagi rakannya, dan mereka melakukan persembahan di seluruh Karachi.

Bagi setiap persembahan, Sameer menerima bayaran sebanyak Rs600 (RM38) hingga Rs1,000 (RM64) membolehkan dia mendapat sehingga RM665 sebulan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*