Padah Main Cinta Dengan Isteri Orang

Share This:

 

Seorang lelaki dipercayai diculik dan dibunuh dengan kejam gara-gara bermain cinta dengan isteri orang.

 

Lebih memilukan mayatnya ditanam di sebuah tanah perkuburan bukan Islam di Ladang Sega Siliau, di sini.

 

Menurut sumber,kejadian berlaku apabila mangsa berusia 29 tahun dikatakan bermain cinta dengan seorang wanita yang merupakan isteri kepada suspek secara senyap-senyap.

 

Menurut sumber, cinta tiga segi itu bagaimanapun dapat dihidu suspek yang berusia 29 tahun, sebelum dia bertindak luar kawalan dengan menculik dan bunuh mangsa sebelum ditanam.

 

Difahamkan lelaki dibunuh dengan kejam oleh kumpulan gengster yang menculiknya pada 13 September lalu dipercayai akibat tidak berpuas hati berkaitan teman wanita mangsa.

 

“Mangsa didapati hilang sejak dua bulan lepas. Isteri suspek dipercayai telah menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa.

 

“Bagaimanapun, hubungan mereka dapat dihidu suami wanita itu sebelum bertindak menculik mangsa,” katanya di sini, semalam.

 

Berikutan itu, kata sumber, suspek dan isterinya ditahan reman bagi membantu siasatan.

 

“Kira-kira jam 5 petang semalam (kelmarin) suspek telah dibawa ke tempat mayatnya ditanam dan kerja-kerja penggalian telah dilakukan untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

 

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Thiew Hock Poh berkata, siasatan masih dijalankan.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*