Nyawa Demokrasi Sudah Lama Lenyap Dalam Parti DAP

Share This:

Istilah demokrasi sebenarnya sudah lama mati dalam parti DAP. Dalam kuasa memilih barisan pemimpin, ahli DAP tidak mempunyai banyak ruang untuk memilih siapa yang mereka mahu kerana dinasti keluarga Lim Kit Siang mengawal segala-galanya.

Semalam, telah berlangsng pemilihan semula barisan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ekoran ada penyelewengan dalam pemilihan parti yang sebelum ini. Pada pemilihan semalam, hanya 53 peratus sahaja atau 1,356 orang daripada nama 2,514 perwakilan yang hadir untuk sesi pemilihan semula itu.

Undi yang diterima pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang ialah 1,199 dan ada 1,315 tidak hadir termasuk 157 orang yang hadir tapi tidak mengundi beliau. Anak beliau, Lim Guan Eng dapat 1,180 undi dengan 1,334 tidak hadir tidak mengundi termasuk 176 hadir tapi tak undi Guan Eng.

Kalau semua perwakilan hadir, sebenarnya belum tentu dua beranak ini menang pemilihan CEC berkenaan. Dalam pemilihan berkenaan, turut menerima undi ialah bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh turut menerima 43 undi walaupun sudah meninggal dunia.

Difahamkan nama Karpal iaitu calon nombor 21 diletakkan dalam senarai calon kerana mengikut peraturan ROS yang mahu nama semua calon sama seperti pemilihan yang dibatalkan sebelum ini.

Undi yang diterima oleh Karpal ialah bukti ada perwakilan DAP tidak yakin dengan pengurusan CEC ketika ini sebaliknya masih percaya dengan orang yang sudah meninggal dunia dan bukannya anak beranak Lim. Dengan Setiausaha Agung perasuah masih kekal dan pemimpin yang sudah tua dan gagal juga masih kekal, tidak ada ruang langsung untuk perubahan dalam DAP.

Kit Siang kekal sebagai Ketua Parlimen DAP, iaitu jawatan yang paling berkuasa berganding dengan Guan Eng anaknya. Walaupun, Ahli Parlimen DAP-Cheras, Tan Kok Wai dilantik Pengerusi DAP yang baru menggantikan Karpel, yang berkuasa sebenarnya ialah Kit Siang.

Sebagai Ketua Parlimen, di situlah Kit Siang boleh mengarahkan wakil rakyat DAP untuk menyerang pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebagai Pengerusi, Kok Wai tidak ada kuasa untuk mengarahkan apa-apa dalam DAP sekadar nama, sama seperti dengan Karpal dulu.

Dalam pentadbiran DAP, Guan Eng dan Kit Siang yang paling berkuasa. Sebenarnya dalam Pakatan Harapan (PH) Kit Siang adalah ketua sebenar yang mengatur pergerakan politik pakatan itu, arahan Kit Siang diikuti oleh semua pemimpin dalam PH.

Ada juga persoalan berkenaan mengapa 1,158 orang perwakilan tidak hadir dalam pemilihan semula itu. Adakah Kit Siang sudah memberikan mereka sesuatu supaya mereka tidak hadir ke pemilihan berkenaan. Betapa mudah untuk mengawal keputusan pemilihan jika perwakilan yang mengundi hanya berjumlah kurang dari 3,000.

Amat berbeza dengan UMNO yang memberikan kuasa mengundi barisan kepimpinan parti kepada seluruh ahli UMNO di seluruh negara bukan sahaja kepada perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO seperti kebiasaannya sebelum ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*