Nabila Razali Ada Sesuatu Ke Dengan Aedy Ashraf?

Share This:

Amboi, mesra nampak Nabila Razali dengan Aedy Ashraf di laman Instagram. Tapi, kenapa ditutup ruangan komennya? Ada apa-apa ke ni?

 
Ada orang kata, Nabila ni memang suka ‘berdrama’ dan menagih publisti murahan. Apa pula kata penyanyi dan pelakon itu?
 
“Terpulang apa orang nak kata. Niat saya hanya nak berkawan, belum ke tahap serius.
 
“Saya pun masih muda dan bebas berkawan dengan sesiapa. Saya suka bergambar. Cuma memang saya tutup ruangan komen gambar itu supaya netizen dan peminat tak bertelagah.
 
“Lagipun, kami baru sebulan kenal,” katanya kepada BH Online.
 
 

Foto: IG Nabila Razali
 
Sejak gambar berkenaan dimuat naik, berbondong-bondong netizen mengecamnya. Ada yang menuduh dia seperti ‘perigi mencari timba’ sedangkan Aedy dikatakan hanya berlagak biasa.
 
Menurut Nabila, dia dan Aedy mula berkenalan menerusi laman sosial sebelum berjumpa.
 
“Gambar yang saya muat naik itu, kali kedua kami berjumpa. Soal masa depan itu antara kami, biarlah masa menentukan persoalan ini.
 
“Aedy lelaki budiman, periang dan senang diajak berbual. Sebab itulah saya selesa berkawan dengannya,” katanya.
 
 

Foto: Aedy Ashraf
Alah, kalau jadi pun apa salahnya kan?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*