Lantik Mak Nyah Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Dijangka Kukuhkan LGBT

Share This:

 

 

Seorang mak nyah berumur 33 tahun dikatakan telah dilantik sebagai ahli dewan undangan negeri Virginia.

 

Danica Roem, yang sebelum ini dikatakan pernah bekerja sebagai wartawan dan penyanyi turut menyatakan kegembiraan beliau di atas kejayaan ini.

 

Menurut sumber Danica berkata, “Ini adalah sesuatu yang menundukkan keangkuhan saya dan saya tahu, saya mempunyai tanggungjawab yang besar sekarang ini untuk menghasilkan keputusan.”

 

Dengan kemenangan ini Danica akan menjadi mak nyah pertama untuk menjawat jawatan ahli dewan undangan negeri di Amerika Syarikat. Selain daripada itu Danica juga menerima ucapan tahniah daripada mantan Timbalan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

 

Dengan kemenangan Danica Roem, kedudukan LGBT di dalam arena politik negara itu dijangka terus kukuh.

 

Jelas kini mereka menceburi politik untuk mendesak masyarakat dunia mengiktiraf kehadiran mereka. Maka terjadilah pengiktirafan perkahwinan sejenis itu.

 

Adakah Malaysia juga mahu menyokong golongan LGBT ini? Seperti yang kita lihat golongan-golongan ini yang kini semakin berleluasa di dunia walaupun ia adalah satu perkara yang bertentangan dengan agama dan dilaknat Allah s.w.t.

 

Mereka akan terus berjuang supaya Islam tidak menjadi sistem nilai dan kerangka dasar kehidupan rakyat dalam negara.Adakah ramai lagi yang tidak sedar dengan agenda DAP yang mengamalkan budaya liberal yang mungkin  berpontensi mengiktirafkan perkahwinan sejenis ini?

 

Parti yang mempertahankan sekular sebagai asas bagi sebuah pendekatan yang bersifat liberal dan kerangka bagi keharmonian antara budaya dan kepelbagaian agama.

 

Di dalam ruanglingkup fahaman sekular, tidak ada apa yang dinamakan sebagai Kebenaran Mutlak. Agama yang telah dikesampingkan ke sudut kepercayaan dan ritual peribadi tidak berhak menentukan nilai-nilai akhlak, etika dan cara berinteraksi antara manusia. Bahawa manusia bebas mentafsirkan sendiri apa yang baik untuk mereka tanpa campurtangan agama.

 

Justeru itu tidak hairanlah amalan homoseksualiti yang pernah ditolak oleh masyarakat British satu masa dahulu kini telah menjadi satu amalan yang diterima, malah diberi hak dan perlindungan oleh undang-undang!

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*