Keluarga Mahathir Banyak Menggemari Perkara Songsang?

Share This:

Kalau diperhatikan daripada pelbagai sudut, tidak keterlaluan rasanya kalau dilabelkan keluarga Pengerusi PPBM Mahathir Mohamad ini ibarat seperti keluarga haram kerana aktiviti-aktiviti yang dilakukan dan dikongsi pula secara terbuka di media sosial di merata-rata tempat.

Terbaru, ialah perkongsian cucu Mahathir yang juga anak kepada Mirzan yang tidur bersama dua ekor anjing di atas katil.

Sudah pasti perkara itu dikecam netizen dan pengguna media sosial Instagram kerana anjing diketahui ialah najis kategori berat iaitu Mughalazah yang jika terkena dengan kita, perlu dibasuh dengan cara samak. Ini bukan lagi tersentuh tapi sudah tidur dan berpelukan dengan anjing.

Golongan yang terlampau kaya ini kadang-kadang melakukan perkara yang mengelirukan orang ramai apabila kehidupan mereka yang terlalu mewah sukar difahami kalau sudah sampai boleh memiliki anjing dan tidur pula bersama binatang berkenaan.

Apa lagi agaknya macai-macai Pakatan Harapan (PH) hendak pertahankan dengan wujudnya gambar ini yang jelas dan amat terang. Sebagai datuk, mengapa Mahathir tidak menegur cucunya atau anaknya Mirzan akan perbuatannya itu.

Sekarang cuba kita lihat anak-anak Mahathir yang ada dikaitkan dengan perkara haram dalam Islam.

Anak perempuan Mahathir, Marina yang sudah acapkali cetuskan kontroversi melibatkan kebebasan dalam hubungan seksual kerana beliau dilihat menyokong agenda seksual sejenis iaitu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Ada juga tuduhan dari netizen sendiri bahawa Marina adalah penyokong Lesbian.

Marina dikatakan pernah merasmikan satu program yang digelar Seksualiti Merdeka yang menyokong golongan muda mengekspresikan secara bebas citarasa seks mereka termasuk seks sejenis.

Dalam satu perhimpunan Anti-Politik Toksik sebelum ini di ibu negara, Marina dilihat menyokong agenda sama berkaitan Lesbian iaitu hubungan sejenis sesama wanita.

Selain Marina, seorang lagi anak Mahathir iaitu Mazhar juga dikaitkan dengan budaya kehidupan yang haram iaitu sebagai seorang homoseksual.

Apabila ditegur oleh netizen, Mazhar marah-marah dan mengherdik mereka yang mengkritik dan menuduh orang lain berkenaan sudah murtad.

Daripada pemerhatian sejak sebelum ini, kebanyakan ahli keluarga Mahathir terlibat dengan gejala-gejala yang salah di sisi Islam atau dalam erti kata lain hukumnya haram.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*