Ini Cucu Mahathir Atau Cucu Pablo Escobar?

Share This:

Masih terbayang akan keratan akhbar yang menulis “jika mahu melihat pemimpin yang mengamalkan rasuah, lihatlah gaya hidupnya”. Ulasan berkenaan ditulis hasil daripada nukilan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya yang kononnya ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Namun begitu, apa yang disajikan oleh kesemua cucu-cucu Mahathir jelas menunjukkan sebaliknya. Dalam banyak gambar yang dimuat naik oleh cucu-cucu Mahathir menampakkan betapa mereka hidup dalam penuh kemewahan disaat datuk mereka mendakwa, rakyat Malaysia sedang hidup dalam kesusahan dn oleh yang demikian, datuk mereka melancarkan slogan Selamatkan Malaysia.

Bukan ingin iri hati dengan kemewahan yang mereka nikmati. Cuma timbul persoalan, adakah ini yang dinamakan Mahathir sebagai hidup dalam tekanan di Malaysia? Kesemua gambar yang dimuat naik oleh cucu-cucu Mahathir ini berada di luar negara dan bukannya di Malaysia. Adakah mereka ini begitu terseksa di Malaysia sehingga menghabiskan usia muda mereka di luar negara?

Malah, terdapat kata-kata nakal dari ramai pihak yang begitu hairan, dari mana cucu-cucu Mahathir ini memperolehi kekayaan. Benar, anak-anak Mahathir termasuk dirinya sendiri menguasai 488 buah syarikat yang mana kebanyakannya diperolehi hasil daripada pengaruh yang ada pada Mahathir itu sendiri.

Namun dari gaya hidup mereka termasuk mampu untuk melancong dan berada di tempat yang mewah serta memiliki bot persiaran sendiri, ramai yang keliru samada gambar-gambar ini sahih cucu-cucu Mahathir ataupun cucu-cucu Raja Dadah Colombia, Pablo Escobar?

Seluruh dunia sedia maklum bahawa Pablo Escobar semasa hayatnya cukup mewah dengan hasil dadah di mana hampir kesemua kekayaannya itu ditunjukkan kepada public. Malah, Pablo Escobar sendiri sanggup menjemput wartawan untuk mengambil gambar di beberapa buah bot persiarannya hanya untuk menunjukkan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Inilah yang berlaku kepada cucu-cucu Mahathir yang kononnya mendakwa, hidup di Malaysia terlalu susah dan memerlukan sebuah kerajaan yang baru bagi menggantikan kerajaan sedia ada. Nampaknya, slogan Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia hanyalah satu retorik dan langsung tidak boleh pakai.

Jika benar Mahathir beriya-ia mahu menyelamatkan Malaysia, kenapa dia sendiri tidak menyumbang kepada pembangunan negara? Atau Mahathir boleh sahaja menyumbang sedikit daripada hartanya itu kepada mangsa banjir di Pulau Pinang. Nampaknya, gaya hidup anak dan cucunya itu dijadikan keutamaan berbanding para pentaksubnya yang hari-hari berwirid, hidup susah di Malaysia.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*