Ibu Tergamak Lacurkan Anak Kandung Dipenjara 75 Tahun

Share This:

Hanya mendapat bayaran serendah RM50, seorang ibu tunggal sanggup melacurkan dua anak kandungnya dengan lelaki warga asing di sebuah hotel bajet di Larkin Johor Bahru, bulan lalu.

Namun, perbuatan hina wanita itu akhirnya membawa padah apabila dia dihukum penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 39 tahun mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Kamarudin turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 15 tahun untuk 10 pertuduhan itu yang mana setiap dua daripadanya berjalan serentak.

Selepas menjatuhi hukuman itu, hakim menasihatkan tertuduh supaya insaf dan bertaubat itu atas perbuatannya.

Mengikut lima kertas pertuduhan, ibu tunggal itu yang mempunyai hak penjagaan sebagai ibu kandung kepada remaja perempuan 13 tahun didakwa menganiaya dari segi seks dengan cara melacurkan mangsa.

Sementara, bagi lima lagi pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama ke atas seorang lagi anaknya iaitu kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan antara 9.25 pagi, 1 Oktober lalu hingga 12.21 tengah hari, 7 Oktober lalu, di hotel bajet di Larkin, Johor Bahru.

Pendakwaan bagi semua perbuatan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Wanita keji itu tergamak melacurkan dua anaknya hanya untuk mendapatkan bayaran serendah RM50 daripada lelaki warga asing selain dikatakan sanggup menyaksikan perbuatan terkutuk berkenaan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*