Fattah Amin Jadi Hantar Rombongan Tak Hari Ni?

Share This:

Dengar ceritanya, netizen sampai ‘termimpi-mimpi’ dek penangan spekulasi pertunangan antara Fattah Amin dengan Fazura.

 
 

Foto: IG Fazura
 
Sebelum ini, dunia artis kecoh dengan desas-desus mengatakan pasangan itu bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November. Jadi ke tak sebenarnya ni? Apa kata Fattah?
 
“Saya minta semua pihak terus mendoakan yang baik-baik sahaja.
 
“Jika perkara itu terjadi (jodoh), saya tidak akan sorok daripada media dan peminat,” katanya kepada Harian Metro.
 
 

Foto: IG Fattah Amin
 
Suka betul dia bila orang berteka-teki mengenai perhubungannya, ya. Nampaknya, peminat ‘FattZura’ terpaksa akur dengan jawapan Fattah itu.
 
Dalam masa sama, Fattah mengesahkan dia akan berangkat pada 15 november ini untuk menunaikan umrah. Foto: IG Fazura
 
“Kalau ditanya pasal jodoh, saya terima saja siapa bakal isteri saya. Mungkin dengan Fazura atau dengan siapa saja.
 
“Bagi saya usia bukan ukuran. Doa saja yang baik-baik,” katanya.
 
Hm, penat juga ‘bermain’ teka-teki mengenai perhubungan FattZura ini. Jadi ke tak, agaknya? Apapun, doakan sahajalah yang terbaik buat mereka ya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*