Azmin Syok Sendiri Bajet Selangor, Defisit Tinggi Tekan Pertumbuhan Negeri

Share This:

Bajet yang dibanggakan oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali baru-baru ini adalah bajet yang merekodkan defisit sebanyak RM870 juta iaitu kira-kira 28 peratus. Ini adalah kerana jumlah perbelanjaan adalah lebih tinggi dari jumlah pendapatan.

Perbelanjaan Selangor pada tahun depan ialah RM3.12 bilion manakala pendapatan hanya RM2.25 bilion. Berbanding bajet tahun lepas, perbelanjaan Selangor berkurangan daripada RM3.45 bilion tahun ini kurang kira-kira 9.57 peratus.

Bukan sahaja perbelanjaan negeri terpaksa dikurangkan, pendapatan negeri Selangor bagi tahun 2018 juga akan berkurangan dari RM2.55 bilion kepada RM2.25 bilion berkurangan sebanyak 11.76 peratus.

Ketika mengumumkan bajet berkenaan, Azmin mengumumkan bajet pembangunan diperuntukan kira-kira 53.2 peratus dari keseluruhan bajet atau RM1.66 bilion. Walaupun peruntukan agak besar tetapi sebenarnya ia berkurangan kerana pendapatan negeri Selangor juga menyusut.

Walaupun kerajaan pimpinan Azmin, kurangkan peruntukan bajet 2018, Selangor masih perlu berhutang kira-kira RM790 juta atau 35.1 peratus dari nisbah pendapatan kerana bajet defisit.

Ini bermakna pada tahun depan, kadar pertumbuhan ekonomi Selangor akan menurun dan perlahan.

Bagi penjawat awam di negeri itu, bayaran khas sebanyak tiga bulan gaji sebenarnya tidak akan memberikan banyak kesan positif kerana mereka akan menggunakan lebih banyak wang itu untuk menampung bebanan akibat kemerosotan ekonomi Selangor.

Dari pemerhatian pihak tertentu, banyak skim atau perkara yang diumumkan oleh Azmin kebanyakanya tidak diperlukan dan tidak ada kepentingan untuk negeri Selangor.

Sebagai contoh, peruntukan RM1 juta untuk memberikan kemudahan rawatan sakit mental di negeri itu yang tidak begitu penting.

Adakah di negeri Selangor sudah ramai orang yang murung kerana mengalami tekanan mental sehingga peruntukan sebegitu besar khusus perlu diberikan?

Azmin syok sendiri ketika membentangkan bajet berkenaan terlupa bahawa negeri Selangor berada dalam keadaan tertekan dengan situasi ekonomi. Oleh itu, Azmin banyak guna peruntukan bajet untuk tiru Barisan Nasional (BN) untuk gula-gulakan rakyat negeri Selangor supaya tidak sedar akan hakikat sebenar ekonomi negeri mereka.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*