Ali Baba Pilih Malaysia Sebagai Hab Logistik Serantau

Share This:

11 November (atau 11-11) adalah “singles day” di China – yang sebenarnya hanyalah alasan untuk Alibaba mengadakan jualan murah yang terbesar secara dalam talian untuk satu hari setiap tahun.

Seperti yang dijangkakan, jualan tahun ini sekali lagi melonjak berbanding tahun lepas. Lebih daripada AS$25.3 bilion (RM106 bilion) telah dijual hanya dalam satu hari semalam oleh kedai-kedai dalam talian Alibaba – hampir 40% lebih banyak daripada tahun lepas.

Malah, jualan dalam satu hari dari Alibaba ini adalah lebih besar daripada KDNK tahunan sesetengah negara.

Jualan murah selama satu hari ini telah berkembang dengan mendadak sehingga jumlah jualan untuk tahun 2012 telah diatasi dalam hanya 7 minit.

90% pembeli dalam salah satu portal jualan utama Alibaba, Taobao, membeli menggunakan telefon bimbit mereka.

Bukan sahaja Alibaba dan Taobao telah merevolusikan pembelian dalam talian tetapi mereka juga telah berjaya membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar – terutama di kampung-kampung terpencil yang kini mereka panggil sebagai kampung Taobao.

Kampung-kampung luar bandar yang jauh dari pusat-pusat bandar ini terjejas oleh hubungan pengangkutan yang teruk dan mempunyai kurang akses kepada modal dan juga pasaran untuk menjual barangan mereka.

Platform Alibaba mengubah hidup mereka – memberikan mereka peluang yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini.

Setiap kampung biasanya akan menumpukan kepada satu kumpulan produk tertentu yang unik kepada kampung mereka dan kemudian mereka menjual barangan itu di Taobao Alibaba.

Beribu-ribu kampung di China telah berjaya – sehinggakan Bank Dunia juga bercakap tentang kejayaan ini dalam membantu membasmi kemiskinan, merapatkan jurang bandar-desa dan juga membantu mengurangkan penghijrahan ke bandar di mana lebih ramai penduduk kampung kini lebih bermotivasi untuk tinggal di kampung mereka dan bukannya keluar berhijrah ke kawasan bandar.
http://www.worldbank.org/en/news/speech/2016/10/29/the-taobao-villages-as-an-instrument-for-poverty-reduction-and-shared-prosperity

Alibaba kini telah memilih Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Malaysia sebagai hab logistik serantau mereka dan telah mencatatkan lebih daripada 1,000 PKS di Malaysia untuk membantu mereka menjual produk mereka di pasaran global – terutamanya di China.

Diharapkan dengan DFTZ ini dan rangkaian pengangkutan yang lebih baik ke kawasan pedalaman di Malaysia seperti Lebuhraya Pan Borneo, Lebuhraya Central Spine Road dan Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link) akan membawa kesan transformasi yang sama kepada kampung-kampung di sini.

– Lim Sian See

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*