Alat Pengesan Kanser Kulit Menang Anugerah

Share This:

SEBUAH peranti berteknologi tinggi yang mampu mengesan kanser kulit melanoma memenangi Anugerah Antarabangsa James Dyson 2017.

Peranti inovatif itu dibangunkan empat penuntut kejuruteraan dari Universiti McMaster, Kanada.

Alat tersebut yang dipanggil sKan mampu mengesan melanoma dengan pantas, kos efektif dan tidak invasif menggunakan sensor suhu untuk mengukur suhu kulit di kawasan tertentu.

Peranti tersebut berjaya memukau juri kerana ia mudah dikendalikan dan berpotensi menyelamatkan nyawa di seluruh dunia dengan meningkatkan kadar diagnosis awal.

Keempat-empat penuntut tersebut membawa pulang wang tunai sebanyak AS$40,000 (RM167, 690).

Mereka juga merancang untuk membangunkan pelan peranti untuk proses reka bentuk dan pembangunan prototaip sebelum ia menjalani ujian klinikal bagi tempoh jangka masa panjang.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*