ROS Perlu Ambil Tindakan Ke Atas Parti PPBM

Share This:

Pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) perlu mengambil tindakan serius terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang tidak mematuhi ketetapan perlembagaan parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tindakan itu wajar kerana tidak mahu mana-mana persatuan atau parti politik melakukan sesuka hati dengan membelakangkan peraturan atau perlembagaan mereka.

“Kita ada undang-undang dan peraturan, jadi kita kena ikut undang-undang dan peraturan tersebut. Setiap pertubuhan baharu didaftarkan di ROS sepatutnya faham elemen peraturan dan perlembagaan undang-undang.

“Malulah apabila sebuah parti politik yang mempunyai ramai pengikut dalam kalangan pengamal undang-undang (peguam) tidak menasihatkan tentang undang-undang penubuhan parti,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan replika cek kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) dan Pergerakan Belia Dalam Kawasan Parlimen Pengerang, di Kota Tinggi, hari ini.

Sebelum ini, ada beberapa pemimpin bahagian di Negeri Sembilan dan Johor telah membuat beratus aduan kepada pihak ROS kerana kepimpinan PPBM gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang sepatutnya diadakan pada September lepas.

Ada satu majlis diadakan di Muar, Johor tapi menurut aduan itu ia adalah satu majlis parti hari lahir dan bukan AGM.

Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad dan Presiden Muhyiddin Yassin sudah dapat mengetahui ramai ahli PPBM tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti terutamanya Mahathir. Kerjasama yang dijalinkan antara Mahathir dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang tidak dipersetujui kebanyakan mereka.

Rata-rata, pemimpin di peringkat akar umbi tidak berpuas hati kerana masalah dalaman parti di peringkat negeri dan kebangsaan tidak dapat diselesaikan.

Bagi Mahathir, masalah itu tidak penting tetapi bagi beliau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) harus dijatuhkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Pemimpin BN sudah mula meminta pihak ROS mengambil tindakan ke atas PPBM kerana kegagalan mengadakan AGM adalah satu kesalahan besar dalam menguruskan sesebuah pertubuhan apatah lagi parti sebuah parti politik.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*