Kumpulan Selebriti Terkenal Korea Kongsi Rahsia Badan Cantik

Share This:

 

Lihat sahaja artis korea,pasti ramai wanita cemburu melihat badan mereka yang cantik,katanya mereka menjalani ‘diet yang ekstrem’.

 

Menurut sumber,baru-baru ini, anggota kumpulan f(x), Luna, dikatakan mengakui  dia juga mengambil pendekatan sama iaitu menjalani diet ketat untuk mendapatkan tubuh yang langsing. Tetapi bukan semua orang mempunyai keupayaan yang sama untuk menjadi kurus hanya dengan masa singkat.

 

Dalam siri videonya, Luna’s Alphabet yang dimuat naik di YouTube, penyanyi berusia 24 tahun ini Luna mendedahkan rahsia diet yang dilakukannya lebih-lebih lagi menjelang promosi album baru.

 

Kata Luna, selama ini dia mengamalkan minum teh hijau dan air lemon. Luna turut berkongsi cara-cara membuat minuman detox itu. Kaedah ini selalunya memang berjaya untuk menurunkan berat badan secara cepat, namun ianya tidak sesuai untuk semua orang ya!

 

Tambah Luna lagi, dia mengamalkan minuman teh hijau dan lemon sebanyak 1.5 liter sehari. Dengan detox diet yang dilakukannya ini, dia berjaya menurunkan sebanyak 9 kilogram dalam tempoh satu minggu.

 

Namun, Luna menasihati kepada peminatnya yang mempunyai penyakit anemia untuk tidak mengikuti amalan diet tersebut kerana bimbang akan memberi kesan sampingan.

 

Tidak hairan la mereka mempunyai badan yang sihat dan cantik. Mereka rajin menjaga kesihatan dan bagi mereka bentuk tubuh yang menawan dan munggil adalah aset berharga dan penting untuk mereka.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*