Kenyataan Ketua Polis Terengganu Tiada Sifat Perkauman

Share This:

 

Kenyataan Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail yang dikeluarkan oleh BERNAMA pada 8 November lalu amat bertempatan dengan faktor geografi dan indeks jenayah bagi negeri Terengganu.

 

Menurut sumber ,ketua polis Terengganu menyatakan dengan jelas bahawa tiada kegiatan gangsterisme di Terengganu dan tidak menyentuh mana-mana kaum yang ada didalam negara ini.

 

Beliau berkata ketiadaan kegiatan itu di Terengganu ada kaitannya dengan faktor populasi rakyat Terengganu yang mana 97 peratus penduduknya orang Melayu.

 

Katanya di Terengganu, 97 peratus penduduknya adalah orang Melayu dan mereka ini masih menghormati orang yang lebih tua di kampung mereka dan secara keseluruhan kehidupan mereka sangat menghormat ketua kampung, tok imam dan bilal dan budaya serta cara hidup seperti ini adalah satu kelebihan yang dapat menghindarkan daripada berlakunya kes-kes jenayah yang melibatkan gangsterisme di Terengganu.

 

Tambahnya, rakyat Terengganu yang masih mengamalkan budaya hidup ‘menjaga tepi kain orang’ atau cakna kepada jiran tetangga turut membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu dalam membanteras aktiviti gangsterisme di negeri ini.

 

Selain dari pada itu, pihak Polis Terengganu juga sering mendapat maklumat awal daripada penduduk kampung yang sangat proaktif menyalurkan perkara mencurigakan yang berlaku di perkampungan mereka.

 

“Mereka sering berhubung dengan pihak polis sekiranya tahu mengenai kejadian tertentu seperti penagihan dadah dalam kalangan belia di kawasan mereka”, katanya.

 

sumber:terengganutimes

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*