BN Sentiasa Beri Komitmen Tinggi Tingkatkan Ekonomi Masyarakat India

Share This:

Kerajaan pimpinan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini, kata Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Menteri Kesihatan itu berkata komitmen tersebut dapat dilihat menerusi pelbagai pengumuman istimewa untuk pembangunan masyarakat India dalam pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada 27 Okt lepas.

Katanya, pelbagai peruntukan dan program disediakan untuk masyarakat India seiring dengan masyarakat lain.

“Saya berharap apa yang dilakukan oleh pemimpin kita akan mendapat sokongan daripada masyarakat India dan melalui sokongan itulah yang kita boleh buat pelbagai program untuk masyarakat India,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2017 di Ladang Info Ternak di Sugai Siput, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan majlis itu yang turut dihadiri kira-kira 8,000 orang.

Malahan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun diiktiraf oleh MC sebagai Bapa Pembangunan Masyarakat India.

Subramaniam berkata Najib telah banyak memberi sumbangan kepada masyarakat India termasuk mewujudkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB).

“MIB dapat direalisasikan atas kesungguhan dan komitmen YAB Perdana Menteri yang amat prihatin terhadap masyarakat India di Malaysia.

“Inilah kali pertama seorang Perdana Menteri secara langsung turun padang melancarkan satu pelan tindakan khusus untuk masyarakat India di negara ini,” katanya.

Najib berkata walaupun beliau tidak mempunyai pertalian darah kaum India, namun beliau menghargai pengiktirafan itu.

Malah kata beliau, usaha pembangunan masyarakat India dibuat sebelum beliau menjadi perdana menteri lagi.

“Sewaktu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) menjadi perdana menteri, dengan izin beliau saya menggerakkan inisiatif menubuhkan jawatankuasa kabinet mengenai hal ehwal orang India.

“Walaupun ayah saya, datuk saya bukan dari Kerala, tetapi saya digelar Bapa Pembangunan (masyarakat) India,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 5,000 orang yang memenuhi dewan berkenaan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*