Azura Couture Tuntut RM50,000 Daripada Erin Malek

Share This:

Pereka fesyen terkenal yang juga juga pemilik butik Azura Couture, Azura Mazaruddin dikatakan mahu perintah mahkamah dilaksanakan terhadap dramatis Nur Arina Abdul Malek atau Erin yang gagal melunaskan hutang berjumlah RM50,000.

 

Menurut sumber,Azura sebelum ini mendakwa Erin gagal membayar hutang berjumlah RM80,000 selepas menggunakan khidmatnya untuk majlis pernikahan dan persandingan pelakon berkenaan.

 

Erin Malek bernikah dengan jejaka pilihan hatinya Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

 

Menurut Azura, tahun lalu pihaknya sudah menghantar surat peguam dan pelakon itu bersetuju untuk menjalani proses mediasi.

 

“Dalam proses terbabit Erin yang diwakili bapa tirinya meminta agar harga bayaran perkhidmatan dan baju perkahwinan yang saya hasilkan dikurangkan kepada RM50,000.

 

“Pihak kami bersetuju dengan permohonan itu dan mahkamah memutuskan bahawa Erin yang diwakili oleh bapa tirinya harus melunaskan hutang berkenaan dengan membayarnya secara berperingkat setiap bulan,” katanya.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*