Tindak Balas PM Najib Selepas Zizan Lentok Kepala Pada Bahunya

Share This:

 

Pelawak terkenal tanahair, Zizan Razak tidak menyangka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik foto mereka bersama menerusi laman Instagram (IG) pemimpin negara itu.

 

Gambar tersebut dikatakan dirakamkan pada malam rabu lalu yang menjadi satu sejarah bagi pelawak zizan pada hari itu.

 

Foto eksklusif Zizan melentokkan kepalanya di bahu Perdana Menteri itu dirakam ketika Zizan menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017 daripada Najib pada program Minggu Media Sosial Malaysia 2017 malam Rabu lalu.

 

“Saya terharu menerima anugerah daripada tangan Perdana Menteri. Saya melentokkan kepala ke bahu beliau kerana tidak tahu untuk menggambarkan betapa terujanya saya ketika itu.

 

“Tapi, saya tidak sangka yang PM kita orang yang sangat ‘sporting’! Beliau turut melentokkan kepala kepada saya. Momen malam ini tidak akan saya lupakan kerana ia sangat berharga buat diri saya.

 

“Apatah lagi PM memuat naik foto kami di IGnya sendiri,” kata aktor kelahiran Terengganu itu yang kini mulai popular menerusi filem sekuel Abang Long Fadil.

 

Najib difahamkan memuat naik status unik tersebut kelmarin dengan catatan ringkas iaitu “Abang Long Fadil jumpa #DaBoss manja-manja lentok kepala pula.

#MSMW2017.

 

Ia menerima reaksi positif pengguna media sosial apabila mendapat kira-kira 30,000 tanda suka selain hampir 700 komen netizen termasuk juga yang tegar antikerajaan.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*