Sumbangan RM200 Ribu Daripada BN Terengganu Bantu Mangsa Banjir Pulau Pinang

Share This:

Pada hari ini dilaporkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu dikatakan menyerahkan bantuan kewangan dan barangan keperluan berjumlah RM200 ribu kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang.

Menurut sumber,Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu YB Dato’ Haji Rozi Mamat merangkap Pengerusi Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) negeri mewakili Menteri Besar YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan bantuan tersebut kepada wakil kepimpinan negeri Pulau Pinang Dato’ Mohd Zaidi Mohd Said.

Rozi berkata, sumbangan ini merangkumi barangan keperluan kepada mangsa banjir dan juga kewangan.

Beliau berkata demikian ketika didalam satu program penyerahan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebagsaan Tanah Liat disini.

Turut sama Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Dato’ Mohd Zaidi Mohd Said dan Ketua Pumuda UMNO Bahagian Abu Bakar Sadekh.

Sehubungan dengan itu Rozi berkata, Terengganu membantu golongan yang ditimpa musibah banjir ini tanpa mengira sempadan geografi, bangsa, agama, fahaman politik kepartian dan lain-lain.

Katanya, disebabkan itulah Terengganu menghantar bantuan segera berupa barangan dan bantuan wang tunai keseluruhan RM200 ribu untuk mereka yang terlibat banjir termasuk di Permatang Pauh dan Tasik Gelugor.

Disamping itu juga membawa 200 orang Skuad Sukarelawan TTB bagi membersih rumah dan beberapa premis yang dilanda banjir.

sumber:terengganutimes

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*