Dulu Isu Dobi,Kini Kedai Larang Bukan Islam Masuk Pula?

Share This:

 

 

Selepas masyarakat bukan Islam kecoh dengan sebuah kedai dobi di Muar yang beroperasi secara ‘mesra Muslim’, kali ini sebuah kedai terapi kesihatan juga dikatakan guna pula guna kaedah sama.

 

Menurut sumber,notis di pintu masuk kedai milik syarikat Kyosei yang terletak di Larkin Perdana di sini itu yang jelas menyatakan hanya orang Melayu warga Malaysia dibenarkan berurusan mencetuskan kontroversi selepas ia menayangkan notis tersebut.

 

Menurut laporan akhbar China Press, kedai tersebut menjual barangan kesihatan dari Jepun dan produk rumah. Kedai itu juga dikatakan hanya menggunakan bahasa Melayu dalam menjalankan segala “aktiviti promosinya”.

 

Notis makluman dicetak dalam bahasa Melayu dan Mandarin turut ditampal di luar kedai tersebut dengan menyatakan: “Harap maklum bahawa kami hanya menggunakan bahasa Melayu dalam semua aktiviti promosi.

 

“Hanya warganegara Malaysia berbangsa Melayu dibenarkan masuk. Kami minta maaf atas segala kesulitan.” Manakala notis dalam bahasa Mandarin pula ia berbunyi: “Pelanggan Cina digalakkan untuk cari lokasi cawangan.”

 

Pengurus cawangan tersebut yang enggan didedahkan namanya memberitahu China Press bahawa syarikat itu sudah mempunyai ramai pelanggan Cina dan kini mula memberi fokus segmen pasaran kepada Melayu pula.

 

Bahkan Kyosei ada membuka cawangan di Ipoh, Perak dan Kuala Lumpur selain sekitar Johor sendiri yang hanya menggunakan bahasa Melayu untuk lebih mudah berkomunikasi dengan pelanggan daripada bangsa itu sahaja.

 

Menurut sumber dalaman,tinjauan mendapati lebih 50 pelanggan Melayu memenuhi premis tersebut untuk mendengar taklimat dengan hanya perlu membayar RM1 sebelum mereka kemudian diberikan pek cenderamata berupa serbuk kopi dan biskut.

 

Namun beberapa pekedai bukan Melayu di premis bersebelahan pula dikatakan berbelah pendapat mengenai operasi Kyosei dengan ada menyifatkan ia berbaur rasis tetapi ada anggap itu hak pemilik yang tidak salah dari segi peraturan.

 

Pengurusnya menjelaskan bahawa syarikatnya itu tidak mempraktikkan “diskriminasi kaum” kerana mereka tetap ada beberapa cawangan lagi di Johor dan negeri-negeri lain yang memang khusus hanya untuk pelanggan Cina.

 

Meskipun bimbang mengenai kewujudan kedai sebegitu di Johor yang kebanyakan penduduknya bangsa Melayu, beliau mengatakan ia merupakan strategi pemasaran syarikat dan bukan bertujuan mengasingkan pelanggan Cina.

 

Bulan lalu, Sultan Johor mengancam menutup sebuah kedai dobi di Muar selepas meletakkan tanda di luar kedainya yang berbunyi “Mesra Muslim” bahkan mendakwa Johor bukan negeri Taliban.

 

* Video bawah sekadar hiasan

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*