Banjir Kali Ini Setinggi 4 Meter

Share This:

 

200 Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) dikatakan telah berjaya melaksanakan misi pasca banjir di tiga buah kampung di Tasek Gelugor pagi tadi.

 

Menurut sumber,SSTTB yang memulakan tugasan seawal jam 9.00 pagi di tiga buah kampung dikawasan ini Kampung Desa Puri, Kampung Ulu, Kampung Pengkalan Batu, Pokok Tapang.

 

Sukarelawan membersih rumah-rumah penduduk yang ditengelami air sedalam 4.0 meter secara puratanya yang mana mengalami kerosakan seratus peratus barangan didalamnya.

 

Menurut Esoh Muda,56, banjir kali ini sangat teruk selepas banjir besar 2003 yang lalu dan paras air ketika itu hanya 0.8 meter.

 

Katanya, punca banjir besar kali ini akibat hujan yang lebat ditambah dengan sistem peparitan yang kurang lancar menyebabkan air cepat naik.

 

‘Selama 25 tahun tinggal di Kampung Pengkalan Batu ini, banjir inilah yang paling teruk,‘Pada masa itu waktu malam, air naik dengan cepat dan barang-barang tidak dapat diselamatkan hanya sedikit kain baju serta bantal dibawa ke pusat pemindahan,

 

‘Paras air banjir memcecah sehingga ke atap rumah (3 ke 4 meter) dan tengelam selama 2 hari serta barangan elektrik dan perabut tidak dapat diselamatkan’, katanya kepada Terengganu Times.

 

Turut bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu YB Dato’ Haji Rozi Mamat merangkap Pengerusi SSTTB negeri, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus Khairuddin Majid, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu Armi Irzan Mohd dan Pengerusi Belia 4B Negeri Terengganu Mohd Rosdi Mat Zin.

 

Selain itu dalam program berasingan YB Dato’ Rozi Mamat menyampaikan bantuan banjir berbentuk barangan keperluan harian di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Liat bersama Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh Dato’ Mohd Zaidi Mohd Said

 

sumber:terengganutimes

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*