Video Isteri Bunuh Diri, Kit Siang Arah Adun DAP Letak Jawatan

Share This:

BENAR bak kata peribahasa orang tua-tua, Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. Rakyat Pulau Pinang kini menyaksikan senario yang cukup menjijikkan di depan mata mereka apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sedang menghadapi dakwaan jenayah salahlaku guna kuasa sedang bermaharajalela memerintah Pulau Pinang yang berada di ambang kehancuran.

Baru-baru ini satu video yang memaparkan Perwakilan CEC 2012 merangkap Pengerusi DAP Bagan Dalam G.Asoghan mendedahkan bagaimana Lim Kit Siang pernah menyuruh Adun Datok Keramat meletakkan jawatan kerana isteri ADUN tersebut dikatakan telah membunuh diri.

Alasan yang diberi oleh Lim Kit Siang adalah untuk menjaga nama baik parti DAP. Lim Kit Siang dikatakan menghantar orang untuk berjumpa ADUN tersebut bagi memaksa beliau meletakkan tanda tangan peletakkan jawatan ketika di tanah perkuburan Batu Lanchang. Memang kejam.

Kini Lim Kit Siang hanya berdiam diri apabila anak beliau Lim Guan Eng sedang didakwa atas jenayah salahlaku. Ahli DAP sendiri melihat perkara ini sebagai sesuatu yang tidak adil.

Lim Guan Eng dituduh dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM(Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).

*Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri menerima suapan baginya dan isterinya dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Am di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada Magnificent Emblem Sdn. Bhd. semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang.

*Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut di Tingkat 28, Bilik Gerakan Bangunan Komtar, Georgetown pada 18 Julai 2014.

*Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa menerima barang berharga dengan balasan lot tanah dan sebuah rumah beralamat di No 25, Jalan Pinhorn, Georgetown daripada Phang Li Koon dengan RM2.8 juta yang mana nilai semasa hartanah tersebut adalah RM4.27 juta, sedangkan beliau mengetahui mempunyai hubungan kerja-kerja rasmi bersama Li Koon.

*Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah tersebut pada 28 Julai 2015.

*Li Koon pula didakwa dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Ke¬seksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 165 Kanun yang sama kerana dipercayai bersubahat dalam kedua-dua pertuduhan yang dihadapi oleh Guan Eng.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*