Umum RM 6.185 Juta Tapi Hanya RM 5 Juta Sahaja Diagih?

Share This:

Tragedi banjir besar yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini telah menampakkan betapa kerajaan pusat hari ini begitu prihatin terhadap nasib rakyat Malaysia tanpa mengira apa jua fahaman politik. Menurut laporan, sebanyak RM 1 bilion diperuntukkan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menguruskan keadaan negeri berkenaan disamping membina 13 beting penahan banjir di seluruh negeri berkenaan.

Pada masa yang sama, DAP Pulau Pinang turut melancarkan tabung derma kilat buat kerajaan dan negeri berkenaan. Menurut pengumuman yang di buat oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, sebanyak RM 6.185 juta telah berjaya dipungut hasil daripada sumbangan orang ramai dan beberapa buah syarikat.

Namun begitu, daripada jumlah ini, menurut laporan semalam, hanya RM 5 juta sahaja di agihkan kepada seluruh rakyat yang terjejas dengan banjir. Mengikut pecahan, RM 500 diberikan kepada lebih 3,000 orang yang terjejas, dikecualikan dari membayar bil air untuk dua bulan dan dikecualikan dari beberapa jenis cukai untuk dua bulan.

Menariknya, daripada jumlah yang diumumkan oleh Chow Kon Yeow ini jika dibandingkan dengan apa yang diumumkan oleh kerajaan negeri, sebanyak RM 1.185 juta tidak di serahkan kepada rakyat. Sedangkan, jika menurut pemahaman sebelum ini, kerajaan DAP mengumumkan, setiap hasil derma yang berjaya di pungut, akan diserahkan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang yang terjejas seratus peratus.

Timbul persoalan, kemana wang RM 1.185 berkenaan di belanjakan? Kenapa pula masih terdapat baki wang sebanyak itu dan ianya disimpan begitu sahaja? Jika menurut perkiraan kasar. sekiranya RM 6.185 juta berkenaan di bahagikan sama rata kepada 3,000 orang mangsa banjir, setiap seorang akan mendapat RM 2,266 manakala jika RM 5 juta di bahagikan sama rata, setiap seorang akan memperolehi RM 1.666.

Bukankah agak menghairankan jika diperhatikan kepada jumlah yang diumumkan Guan Eng kepada mangsa banjir di Pulau Pinang? Benarlah seperti yang disarankan oleh salah seorang pemimpin UMNO di Pulau Pinang. Beliau berkata, sepatutnya, setiap seorang rakyat Pulau Pinang yang terjejas akibat banjir ini wajar menerima RM 2,000 setiap seorang.

Malah, amaun ini mungkin akan menjadi lebih tinggi sekiranya kediaman mereka terjejas teruk dan tidak lagi boleh didiami. Kini, terserah kepada Lim Guan Eng untuk menerangkan, kemana hilangnya RM 1,185 juta lagi yang kini telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*