Tok Gajah Gugur Lapan Pemain

Share This:

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mengesahkan lapan pemain musim ini digugurkan sebagai persediaan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Menerusi kenyataan rasmi laman Facebook Pahang FA, pemain yang digugurkan adalah penjaga gol utama, Wan Azraie Wan Teh, Saiful Nizam Miswan, Heo Jaewon dan Nordin Alias, masing-masing di posisi pertahanan.

Selain itu, Ahmad Syamim Yahya, Joseph Kallang Tie dan Nurridzuan Abu Hassan beraksi di bahagian tengah, manakala Ashari Samsuddin (penyerang).

“Terima kasih atas segala keringat dan semangat anda untuk skuad Tok Gajah selama ini.”Pengurusan, kejurulatihan dan seluruh warga Pahang mendoakan anda terus berjaya,” kata kenyataan itu, Khamis.

Dengan pengesahan itu, skuad Tok Gajah mengekalkan 19 pemain musim ini, termasuk tiga pemain import iaitu Matheus Alves dari Brazil, Mohamadou Sumareh (Gambia) dan Yamil Romero (Argentina).

Pemain lain yang dikekalkan adalah Helmi Heliza Elias, Matthew Davies, R Dinesh, Christie Jayaseelan, Faisal Halim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Kiko Insa, Mohd Faisal Rosli, Afif Amiruddin, Nor Azam Azih, Zubir Azmi, Saufi Muhammad, Salomon Raj, Muslim Ahmad, R Kogileswaran dan Ashar Al Aafiz.

Berdasarkan pencapaian musim ini,  Tok Gajah sekadar bergelar naib juara Piala FA, tempat kedua Liga Super dan suku akhir Piala Malaysia.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*