Tiga Pemain Man United Kembali

Share This:

TIGA daripada empat pemain Manchester United yang mengalami kecederaan akan kembali menjalani latihan minggu ini.

Mereka yang terlibat ialah, Paul Pogba, Marcos Rojo dan Michael Carrick.

Sebelum dapat beraksi bersama skuad utama, ketiga-tiga pemain berkenaan bakal beraksi untuk skuad Bawah 23 Tahun United dahulu.

Selain itu, Jose Mourinho turut menjangkakan penyerangnya, Zlatan Ibrahimovic akan kembali secepat mungkin.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Sweden itu akan menjalani latihan secara berasingan terdahulu sebelum bersama skuad utama.

Pemain termahal United, Pogba terlepas 12 perlawanan selepas mengalami kecederaan hamstring.

Berikutan itu, Mourinho akan merangka taktikal baharu bagi memperkemaskan semula skuad berkenaan yang tewas kepada Chelsea baru-baru ini.

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*