Salah Guan Eng Tidak Buat Persiapan Awal Sistem Atasi Banjir

Share This:

Kata-kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyalahkan beberapa pihak ekoran banjir di Pulau Pinang agak perlahan untuk reda sebenarnya membuka pekung dan mendedahkan kebodohan Setiausaha Agung DAP itu sendiri.

Jika negeri yang ditadbir beliau benar-benar hebat di bawah DAP, Pulau Pinang sudah tentu ada sistem mengatasi banjir yang canggih dan efisien khususnya di kawasan pulau kerana DAP ada masa hampir 10 tahun hendak bersedia berdepan banjir. Kesimpulannya, Guan Eng ambil mudah kerana anggap Pulau Pinang terselamat kerana di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum itu jarang berlaku kejadian banjir.

Apabila menang Pulau Pinang, Guan Eng terus melaksanakan pembangunan besar-besaran terutamanya pembinaan banglo orang kaya di kawasan tumpuan. Beliau sampai tergamak merobohkan banyak kampung Melayu untuk kepentingan projeknya.

Dari situ sedikit demi sedikit, pembangunan menjadikan sistem pengairan di negeri itu terjejas. Kejadian banjir kilat yang berlaku sebelum ini tidak menyedarkan Guan Eng malahan tidak diambil peduli oleh beliau.

Tindakan Guan Eng kata, banjir di kawasan Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah patutnya sudah berakhir tapi ia masih belum suruh kerana menerima limpahan air dari Kedah.

Menurut dia, air banjir kira-kira setinggi tiga kaki itu telah menyebabkan lebih 12,500 mangsa dari 35,000 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

“Keadaan banjir di kebanyakan tempat di negeri ini sudah mulai surut melainkan beberapa kawasan di SPU dan SPT yang menerima air dari Kedah. Banjir di negeri itu (dan melimpah ke negeri ini) merupakan faktor yang besar.

“Selama ini Pulau Pinang perlu bayar untuk bekalan air yang dibekalkan Kedah. Adakah kali ini mereka akan bayar kepada kita untuk limpahan air (banjir) ini juga? Apa lagi kita boleh buat? Itulah bala yang terpaksa dihadapi negeri ini,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Georgetown, hari ini.

Untuk tutup lagi kelemahan, Guan Eng meletakkan kesalahan pula kepada Jabatan Meteorologi yang didakwa gagal memberikan amaran awal kepada penduduk negeri berkenaan apabila mengumumkan amaran merah pada pukul 9.30 malam hanya beberapa jam sebelum banjir berlaku pada 4 November lepas.

Sepatutnya Guan Eng menggunakan bajet negeri untuk menyediakan sistem anti-banjir lama sebelum bencana berlaku bukannya menyalahkan jabatan lain kerana kegagalan diri sendiri. Daripada bina terowong dasar laut yang kosnya mahal dan

tidak ada kepentinga, sistem banjir perlu lebih diutamakan.

Kos kerta kerja kajian terowong berkenaan yang lebih RM300 juta boleh digunakan untuk memperbaiki sistem perparitan di negeri Pulau Pinang sekaligus menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerap berlaku.

Dia anggap selepas selesai bencana alam banjir ini, DAP boleh kembali bangunkan negeri secara membabi-buta semula dan tidak menyedari ia akan berulang kembali jika Guan Eng tidak ambil iktibar.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*