Rumah Suspek Bunuh Jong-Nam Diserbu

Share This:

SHAH ALAM – Rumah seorang suspek dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, diserbu pihak polis selepas disyaki dijadikan makmal haram menghasilkan agen saraf VX, Mahkamah Tiinggi  hari ini diberitahu.
Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/KLIA, Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, berkata dalam serbuan di rumah warga Korea Utara,  Ri Jong-chol di Kondominium Dynasty Garden, Jalan Kuchai, di sini, polis merampas botol mengandungi bahan kimia klorida dan sarung tangan.
Beliau berkata, turut dirampas dalam serbuan itu adalah empat telefon bimbit, empat kad SIM, dua tablet dan dua komputer riba dan satu set komputer, berus gigi dan wang tunai berjumlah AS$38,000 (RM160, 626).

Saksi kesembilan itu berkatakesemua barang elektronik itu, dihantar ke Jabatan Forensik Polis di Cheras untuk dianalisis.
Ri Jong adalah siswazajh Sains yang membuat pengkhususan dalam bidang kimia. Dia juga pemilik kenderaan Naza Ria yang digunakan untuk membawa tiga suspek warga Korea Utara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  2 (klia2) ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) selepas Kim Chol diserang dengan agen saraf VX.

Wan Azirul Nizam berkata demikian ketika pemeriksaan balas peguam Gooi Soon Seng, pada prosiding hari ke-15 perbicaraan kes Siti Aisyah, 25, dan Doan Thi Huong , 28, yang didakwa  bersama-sama empat lelaki yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan klia2 pada 9 pagi, 13 Feb lalu.
Gooi: Bagaimanakah kamu menyiasat kewujudan VX di rumah Ri Jong?
Wan Azirul Nizam: Saya menyiasat dengan menghantar barang kes yang dirampas itu ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.
Gooi: Adakah kamu merampas pakaian Ri Jong atau keratan kuku jarinya untuk mengesan VX?
“Polis tidak merampas apa-apa pakaian dan keratan kuku jari milik suspek untuk mengesan kewujudan bahan beracun itu yang didakwa menyebabkan kematian Kim Chol, berikutan tiada keperluan untuk berbuat demikian,” kata saksi itu kepada pertanyaan Gooi yang mewakili Siti Aisyah.
Katanya, empat buah telefon bimbit milik Ri Jong juga diserahkan kepadanya ketika proses pengusiran setelah mendapat arahan daripada timbalan pendakwa raya Selangor.
Menjawab soalan Gooi bahawa jika seseorang diusir ke Korea Utara, adalah mustahil untuk mendapatkan individu itu bagi memberikan keterangan sebagai saksi, pegawai penyiasat itu berkata  “Ada kemungkinan, tetapi saya tidak menerima arahan untuk membawanya kembali dan disapina sebagai saksi.”
Sementara itu, Wan Azirul Nizam berkata, Ri Jong ditahan polis pada 17 Feb lepas selama dua minggu bagi membantu siasatan kes bunuh berprofil tinggi itu.
Katanyapolis turut mengambil keterangan daripada suspek engikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah sebelum diusir pulang ke Korea Utara pada 3 Mac lalu.
Ditanya sama ada beliau bersetuju bahawa Ri Jong antara suspek utama dalam kes itu, saksi itu menjawab “tidak”.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung Isnin depan.- Bernama

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*