Pengawal Keselamatan Warga Asing Cabul Budak

Share This:

Memang mengejikan! Seorang pengawal keselamatan warga asing dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mencabul kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Harian Metro melaporkan, kejadian 10 malam itu berlaku di sebuah kondominium di Taman Connaught pada Selasa lalu.

Dalam kejadian, mangsa mengadu kepada ibunya yang dia diraba pada bahagian kemaluan oleh pengawal keselamatan di kondominium itu.

Ekoran berang anaknya dicabul, ibu mangsa berusia 46 tahun itu mengamuk dan meminta untuk memeriksa CCTV.

“Selepas dia lihat sendiri kejadian itu melalui CCTV, wanita itu bersama seorang lagi rakan setugas pengawal keselamatan itu ‘memburu’ lelaki berkenaan di kawasan rumahnya.

“Wanita itu menjumpai pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan dan menampar lelaki terbabit kerana tidak dapat menahan kemarahan,” kata sumber.

Difahamkan suspek cuba melarikan diri, namun sempat ditahan rakan sekerjanya sebelum dibawa ke balai polis.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*