Pasangan Pengantin Ketepikan Bulan Madu Demi Bantu Mangsa Banjir

Share This:

 

Ketulusan pasangan ini dapat dilihat apabila sanggup ketepikan bulan madu demi bantu mangsa banjir.

 

Kebiasaannya kebanyakan pengantin baharu akan berbulan madu selepas selesai majlis perkahwinan mereka.

 

Namun berbeza pula dengan sukarelawan Kenny Ooi.Sebaik sahaja selesai makan malam hari bahagianya Sabtu lalu, dia meluangkan masa selama empat hari dengan membantu memindahkan mangsa banjir.

 

Pasangannya, Young Hui Ling pula setia menantinya di rumah.Ooi, 28, pengasas Unit Bomba dan Penyelamat Sukarela Kota Permai bergegas membantu mangsa banjir selepas menikmati makan malam majlis perkahwinannya di sebuah dewan gereja.

 

Dia kembali ke rumahnya untuk menukar pakaian seragam bomba dan menuju ke kawasan banjir bersama anggota sukarelawan yang lain.

 

Dia membantu memindahkan mangsa banjir di Kota Permai dekat sini sehingga pukul 4 pagi Ahad sebelum pulang ke rumah untuk berehat.

 

Ooi yang terlalu kepenatan tidak menyedari dia ada 100 panggilan meminta bantuan yang tidak dijawab.

 

Dia hanya tidur selama tiga jam dan pada pukul 9 pagi dia akan keluar membantu mangsa banjir di kawasan lain.

 

Ooi berkata dia bersyukur kerana isterinya sentiasa memahami dan tidak pernah marah terhadapnya apabila dia terpaksa membatalkan rancangan atau pulang lebih awal ketika mereka sedang keluar bersama.

 

Menurut sumber apabila ditanya sama ada hui Ling marah semasa Ooi meninggalkan majlis perkahwinan mereka lebih awal, wanita itu berkata dia tidak pernah marah.

 

“Menyelamatkan nyawa orang lain sentiasa menjadi semangatnya dan saya memberikan galakan sepenuhnya,” kata Young.

 

Ooi mula menunjukkan minat untuk membantu menyelamatkan orang lain pada usia 12 tahun.

 

Pada usia 19 tahun dia dikatakan menubuhkan unit kesukarelawan dan mula mengumpul dana untuk memiliki trak bomba dan permisnya sendiri.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*