Nik Elin Zurina Dakwa Hukum Aurat Wanita Di Bahagian Sulit Sahaja

Share This:

 

Berhenti berkata tudung ialah perintah dari Tuhan, tegas Nik Elin Zurina binti Dato’ Nik Abdul Rashid. Beliau yang juga pengasas Kelab Warisan Wibawa juga dikatakan menyenaraikan pelbagai kebaikan apabila tidak memakai tudung yang dinikmatinya disamping mendakwa bahawa hukum ‘awrat’ bagi wanita adalah hanya di bahagian sulit sahaja, tidak sepertimana yang difahami oleh orang ramai.

 

Beliau yang lebih dikenali sebagai Nik Elin berkata, “Apabila kamu baca Quran surah 24:30 dan 31, kamu faham mesej itu dengan jelas.” “Kita disuruh untuk menjaga furuj atau kemaluan atau kesucian kita dan untuk menutupi ketelanjangan kita.

 

Jadi saya tidak faham mengapa mereka menyuruh saya untuk menutup rambut atau kepala saya?” “Di mana logik Tuhan? Gunakan logik kamu.” “Tuhan beritahu banyak mesej dan kita boleh nilai asbab al nuzul atau sebab disebalik penurunan wahyu. Tetapi tidak ada keperluan atau perintah untuk kaum wanita supaya ‘warped up’.”

 

“Jadi berhenti dari mengatakan tudung kepala ialah perintah Tuhan.” “Zaman dulu tak ada pun orang tutup kepala dan tutup lingkup. Zaman dulu nak mandi sungai buka baju tepi sungai. Tak ada tandas pun dalam rumah. Nak berak pun di luar sahaja,” tegas beliau.

 

 

Sebelum ini,Nik Elin yang juga merupakan rakan kepada Marina Mahathir pernah mencetuskan kontroversinya sebagai imam kepada suami dalam solat jemaah.

 

“Di New York, ibadat-ibadat solat masih boleh dilaksanakan dengan seorang wanita memimpin keseluruhan jemaah. By the way, sewaktu suami saya yang mualaf bersolat dengan saya, sayalah yang menjadi imam. Oleh itu, saya telah hancurkan tradisi sebagai seorang wanita Melayu,” dakwa Nik Elin Nik Rashid menurut kenyataannya di sebuah portal.

 

Wanita yang mendakwa golongan wanita Melayu didiskriminasi kerana tidak boleh berdiri sebaris dengan kaum lelaki ketika bersolat jemaah itu menyenaraikan beberapa kelebihan yang dinikmatinya kerana tidak bertudung, termasuklah dari aspek gaya dan kos. Nik Elin berkata, “Tudung harganya ada sampai beribu ringgit. Tak mampu nak beli tudung.

 

Tak pakai tudung maknya saya tak perlu fikir nak match dengan warna baju atau busana saya.” “Tak pakai tudung maknanya rambut tak busuk oleh peluh. Syampu sekali semingu okay.

 

Tak pakai tudung makna kurang beli syampu sebab rambut tak hapak.” “Tak pakai tudung makna nya rambut bebas digayakan sebagaimana nak. Pendengaran saya juga lebih jelas,” jelasnya lagi.

 

Menurut sumber,meskipun beliau berpendapat ‘awrat’ wanita hanyalah di kemaluannya sahaja, namun begitu sebagai umat Islam kita haruslah berpakaian secara sopan. Nik Elin berkata, “Awrat hanyalah kemaluan sahaja. Apa yang bukan ‘azzahara’.” “’Pakaian’ dan ‘Awrat’ bukan sama.” “Sebagai Muslim kita patut berpakaian secara sopan,” jelas beliau.

 

Apa yang kita lihat,wanita ini seolah-olah mengelirukan muslimah memakai pakaian sopan tetapi tidak perlu menutup rambut ,seolah-olah mempersoalkan wahyu Allah s.w.t di mana muslimah perlu menutup yang memperlihatkan perhiasan tubuh ,belahan dada dengan kumur kecuali yang zahir daripadanya dalam Firman Allah dalam surah an-Nur, 24:31:.

 

Menurut sumber,Khumur, kata jamak bagi khimar, bererti kain yang dipakai di atas kepala wanita sebagai bukti al-quran mengatakan rambut itu perlu ditutup.

 

Masyarakat Jahiliyyah sebelum turunnya ayat 31 surah an-Nur di atas, mereka juga memakai khimar tetapi melabuhkannya ke belakang sehingga menampak aurat seperti leher, anting-anting, dan lurah buah dada.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*