Lima Penculik Bogel Ditahan Polis

Share This:

 

 

Dalam satu adegan yang jarang-jarang dilihat,apabila anggota polis dilihat mengiringi kumpulan tersebut di tempat kejadian dalam keadaan kelima-lima mereka ‘tiada surat benang’.

 

Kejadian tersebut menunjukkan lima orang ditahan dalam keadaan berbogel selepas mereka didakwa menculik sebuah keluarga susulan satu kemalangan.

 

Kelima-lima mereka dituduh menculik seorang wanita, bapanya dan seorang bayinya yang baru lahir.

 

Gambar yang diambil oleh seorang saksi menunjukkan seorang wanita dalam keadaan telanjang dipimpin oleh polis dalam suhu sejuk beku.

 

Polis berkata, bayi berusia enam minggu dan bapa kepada wanita itu telah diculik dari sebuah rumah di Laduc County sekitar pukul 9.30 pagi dan dipaksa menaiki sebuah BMW.

 

Menurut sumber,difahamkan lelaki tersebut yang disumbat di dalam bonet kereta berjaya melarikan diri ketika kereta sedang bergerak sementara wanita tersebut melarikan diri dengan bayinya.

 

Menurut pegawai, seseorang yang lalu di situ dengan trak telah membantu mangsa, sebelum suspek yang menaiki BMW putih melanggar belakang trak dan kedua-dua kenderaan akhirnya tersadai di parit.

 

Polis kemudian menahan seorang lelaki, dua wanita dan dua gadis bawah umur yang semuanya ‘tidak berpakaian semasa mereka ditangkap’.

 

Empat daripada lima suspek yang berbogel dibawa ke hospital.

 

Tiga suspek kini berdepan pertuduhan menculik dan menghalang penangkapan dan kes sedang disiasat.

 

Kedua-dua gadis bawah umur itu dikatakan dibebaskan tanpa pendakwaan.

 

Menurut polis, keluarga yang diculik kenal dengan kumpulan terbabit dan ketiga-tiga mereka tidak cedera.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*