Lim Guan Eng Umum Pakej Untuk “Selamatkan Pulau Pinang”.

Share This:

Beliau berkata pakej ini bernilai RM100 juta dan direka untuk memulihkan Pulau Pinang kepada keagungannya yang asal selepas banjir yang dahsyat.

Pakejnya termasuklah RM500 untuk 100,000 isi rumah dan perniagaan, tetapi menegaskan bahawa setiap isi rumah hanya boleh memohon untuk pakej bantuan itu sekali sahaja.

Tetapi Pulau Pinang telah mengalami banjir lebih daripada 20 kali dalam tahun ini sahaja.

Pengguna domestik juga akan menikmati pengecualian surcaj pemuliharaan air selama dua bulan (satu kitaran pembayaran), manakala surcaj air akan didiskaunkan sebanyak 50 peratus.

Sementara itu, pengguna komersil akan mendapat diskaun 25 peratus untuk surcaj air semasa tempoh ini.

Surcaj air ini tidak pernah wujud sebelum DAP mula berkuasa. Mereka yang mula-mula memperkenalkan surcaj ini pada tahun 2010 dan kemudian menggandakannya pada tahun 2013. Malah, mereka juga mahu sekali lagi mengandakannya sebanyak lebih daripada dua kali ganda kadar surcaj air tahun ini.

Di samping surcaj itu, DAP juga menaikkan harga air secara menyeluruh pada bulan April 2015.

Jadi, DAP memberikan rakyat diskaun kecil ke atas surcaj yang mereka sendiri perkenalkan dan yang telah meningkat secara berterusan.

Sebagai sebahagian daripada pakej itu, DAP juga berkata mereka akan memberikan diskaun 10% ke atas cukai pintu rumah untuk tahun depan.

Tetapi, diskaun 10% ini tidak pun dapat cukup untuk menanggung peningkatan cukai pintu yang telah dikenakan oleh Kerajaan DAP pada 1 Januari 2015 dan selepas itu.

Pada masa itu, kadar cukai meningkat sebanyak 14.28% untuk rumah atas tanah dan 16.67% untuk pangsapuri.

Sekali lagi, Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi rakyat diskaun pada kadar yang tidak cukup untuk menanggung peningkatan yang dikenakan dua tahun lalu.

Tiada jumlah wang yang akan membawa balik lereng-lereng bukit yang dibotakkan dan dimusnahkan oleh Kerajaan Pulau Pinang.

Apatah lagi tanah seluas 6,000 ekar yang kerajaannya telah luluskan untuk ditambak dari laut. Apabila anda mula menambak tanah laut, anda mengganggu air banjir dari sampai ke laut.

Malah pakej RM100 juta yang dipanggil “Pulau Pinang Bangkit” tidak dapat dibandingkan dengan tanah dan aset negeri bernilai RM37 bilion yang telah dijual atau diniagakan sejak DAP mengambil alih.

Sebenarnya, RM100 juta tidak boleh membayar 1/3 daripada kajian RM305 juta bagi projek Terowong Pulau Pinang yang tidak dimahukan atau diperlukan oleh orang lain.

Belum lagi RM45 juta untuk membina lorong basikal sejauh 39.3km dan RM275 juta untuk membina 82 gelanggang badminton dan 4 kolam renang seperti yang diumumkan dalam bajet Pulau Pinang 2018.

Jadi, DAP pada dasarnya menyelamatkan Pulau Pinang daripada DAP menggunakan wang negeri yang pada dasarnya datang dari aset negeri sendiri.

Maaf DAP, rakyat ingat dan tidak mudah tertipu.

Lim Sian See

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*