Kutuk Harga Minyak Naik Hanya Mentaliti Sempit Zaman Subsidi Mahathir

Share This:

Mentaliti kelompok orang yang mengutuk kerajaan setiap kali harga petrol di negara ini naik adalah kerana mereka masih tersepit dalam era zaman Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang mengajar rakyat harus disuap semua benda tanpa perlu usaha sendiri.

Oleh itu, sebahagian besar bajet kerajaan harus diperuntukkan untuk subsidi bahan api secara pukal sampaikan orang kaya dan usahawan berjaya pun disuap oleh kerajaan. Mereka buat kerja senang, mahu pergi ke mana-mana minyak murah kerana ada subsidi. Jangan dilupa, ada di antara yang kaya-kaya ini kroni Mahathir.

Zaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mentalitinya ialah mahu rakyat berusaha perbaiki hidup sendiri dengan suasana mencabar tapi kerajaan bantu meringankan beban kepada golongan yang betul-betul terbeban. Kepada yang kaya tidak perlu diringankan beban kerana kekayaan mereka pun lebih berat untuk mereka tampung.

Golongan itu yang dimaksudkan oleh Najib golongan B40, kelas pertengahan yang merupakan kira-kira 40 peratus dari kelompok sosial masyarakat Malaysia.

Oleh itu, orang yang mengutuk kerajaan apabila harga petrol naik ketika harga pasaran diapungkan mengikut perubahan semasa adalah sebenarnya orang kaya dan berada yang terpaksa menanggung beban mereka sendiri dan kekayaan mereka berkurangan.

Bagi yang diberi perhatian oleh kerajaan, mereka akan berusaha memperbaiki hidup dan menggunakan kemudahan yang disediakan kerajaan dengan baik untuk tujuan yang betul.

Sebelum ini ramai yang berkongsi di aplikasi Whatsapp berkenaan turun naik harga minyak bermula dari tarikh 13 Julai seperti dib bawah.

Naik : 4sen (13.7.2017)

Naik : 6sen (27.7.2017)

Naik : 4sen (3.8.2017)

Naik : 5sen (10.8.2017)

Naik : 3sen (17.8.2017)

Naik : 3sen (24.8.2017)

Naik : 1sen (31.8.2017)

Naik : 4sen (07.9.2017)

Naik : 1sen (14.9.2017)

Turun : 2sen (21.9.2017)

Turun : 3sen (28.9.2017)

Naik : 3sen (5.10.2017)

Turun : 3sen (12.10.2017)

Naik : 1sen (19.10.2017)

Naik : 3sen (26.10.2017)

Naik : 4sen (2.11.2017)

3x turun = 8sen
13x naik = 42sen

Dari sini, dilihat ia merekodkan 13 kali kenaikan berjumlah 42 sen dan hanya tiga kali turun dengan jumlah 8 sen. Kalau sekali pandang, kerajaan Barisan Nasional (BN) nampak zalim bukan. Untuk makluman, sudah diberitahu banyak kali bahawa turun naik harga petrol mengikut turun naik harga minyak dunia, masih banyak yang memilih untuk tidak ambil peduli.

Matematiknya mudah sahaja, bila harga minyak dunia naik, harga petrol di Malaysia naik, bila turun harga petrol di Malaysia turun.

Harga minyak dunia (MOPS95) setong seperti di bawah:

Naik: US$1.09 (13.7.2017)

Naik: US$1.80 (27.7.2017)

Naik: US$2.86 (3.8.2017)

Naik: US$0.35 (10.8.2017)

Naik: US$0.06 (17.8.2017)

Naik: US$2.12 (24.8.2017)

Naik: US$2.13 (31.8.2017)

Naik: US$0.03 (7.9.2017)

Naik: US$0.04 (14.9.2017)

Turun: US$0.06 (21.9.2017)

Turun: US$0.60 (28.9.2017)

Turun: US$1.39 (5.10.2017)

Naik: US$0.03 (12.10.2017)

Naik: US$0.02 (19.10.2017)

Naik: US$0.02 (26.10.2017

Naik: US$2.51 (2.11.2017)

Harga petrol Malaysia semuanya naik turun mengikut naik turun harga minyak dunia.

Kenapa mereka yang menaip mesej Whatsapp ini menggunakan 13 Julai sebagai tarikh permulaan?

Bukankah lebih tepat pengiraan naik turun dikira sejak harga petrol secara mingguan bermula sejak 1 April 2017?

Sejak 1 April 2017 harga petrol di Malaysia:

11x turun = 64 sen
17x naik = 64 sen

Jika dikira sejak diapungkan secara bulanan bermula Disember 2014:

9x turun = RM1.85
11x naik = RM1.25

Sejak harga minyak diapungkan secara bulanan dan kemudiannya mingguan, harga petrol pernah jatuh sehingga serendah RM1.60. Kerana harga minyak dunia sudah mula meningkat semula sejak beberapa bulan yang lepas maka harga petrol juga meningkat.

Perbandingan perlu adil. Jangan tuduh kerajaan zalim kalau sendiri tak boleh berlaku adil. Kalau tidak diapungkan harga minyak secara bulanan dan mingguan, anda semua akan membayar harga RM2.30 (November 2017) tidak berubah sampai hari ini.

Sudah-sudahlah hidup dalam mentaliti sempit zaman Mahathir zaman rakyat bersuap dek kerajaan, Mahathir buat begitu sebab hendak cover line yang dia juga suap kroni-kroninya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*