Kepala Bapak Kau Azmin Dan Anwar Sudah Lama Sebut

Share This:

PEMIMPIN kanan Pakatan Harapan sering menyerang Barisan Nasional secara membabi buta tanpa menyelidik samada perkara yang mereka bangkitkan akan memberi kesan negatif kepada parti mereka atau pun tidak.

Semalam Ahli Parlimen Ampang dari parti PKR Zuraida Kamaruddin telah cuba memerli Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan sinis isu “Kepala Bapak Kau”.

Mungkin Zuraidah lupa atau pun ilmu politik beliau terlalu cetek sehingga mendorong ahli Parlimen yang lebih dikenali sebagai Mak Lampir tersebut bertindak secara kurang bijak dalam isu berkenaan. Tahukah Zuraidah bahawa perkataan “Kepala Bapak Kau” telah digunakan secara meluas oleh Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan pengasas PKR Anwar Ibrahim?

Sila lihat video di bawah:-

Zuraidah cuba berlagak hero dengan membangkitkan isu “Kepala Bapak Kau” dalam Dewan Rakyat yang sedang berbincang tentang isu kesihatan mental. Ketika bertanya soalan kepada Menteri Kesihatan di Dewan Rakyat, beliau telah menyindir dengan berkata,

“Salah satu petanda sakit mental adalah apabila seseorang berucap dengan ganas spt menggunakan perkataan #KepalaBapakKau di dalam ucapan mereka.”

Pembangkang mengambil peluang ketawa beramai-ramai tanpa menyedari bahawa mereka bagaikan menepuk air di dulang yang akhirnya terpercik ke muka sendiri. Pemimpin kanan Pakatan Azmin dan Anwar telah lama membudayakan “Kepala Bapak Kau”.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam perlu diberi pujian memandangkan beliau menjawab sambil berseloroh namun cukup menusuk dan padu pada soalan yang tidak berapa cerdik tersebut.

“Terima kasih di atas soalan ahli yang berhormat….Salah satu gejala penyakit mental adalah apabila soalan kesihatan dijadikan soalan berbaur politik.” kata Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Subramaniam yang juga presiden MIC menambah, seorang seorang rakyat yang sedar bahawa tekanan perasaan perlu dikurangkan, semua pihak perlu “sedar terlebih dulu” mengenai apakah soalan yang boleh atau tidak boleh ditanya.

Zuraida memang tidak menyebut nama atau merujuk kepada sesiapa dalam pertanyaannya.

Bagaimanapun ia jelas dikaitkan dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MCA di Kuala Lumpur pada 5 Nov lalu.

Mempertahankan dasar-dasar kerajaan Najib berkata hubungan kerjasama Malaysia – China tidak akan menjejaskan kedaulatan negara seperti yang selalu didakwa pembangkang. Malah Azmin Ali turut memateri perjanjian dengan negara China setelah Najib membuka jalan seluas-luasnya untuk kerjasama diantara Malaysia dan negara Tembok Cina tersebut.

Sebelum ini Pakatan Harapan berjanji untuk mengkaji semula kerjasama antara negara itu jika berjaya menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang.

“Mereka mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya (Malaysia) menjual kedaulatan. Apa? Kepala bapak kau! Tak logik,” kata Najib dengan bersemangat di depan ribuan perwakilan MCA di Jalan Ampang.

Bagaimanapun Najib kemudian meminta maaf kerana menggunakan “bahasa kasar” dalam ucapannya.

“Bodoh. Anda fikir Kuantan Industrial Park orang Malaysia tak boleh masuk?

“Bodoh punya kerja. Saya tak lah terlalu bodoh untuk menipu Malaysia. Ini adalah tanah air kita yang berdaulat,” katanya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Nampaknya Zuraida terperangkap dalam strategi yang salah. Azmin dan Anwar telah lama mempelopori perkataan “Kepala Bapak Kau” dalam ceramah-ceramah mereka.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*