Kejam!! Bekas Suami Curah Asid Pada Alat Sulit Gara-gara Isteri Eggan Lakukan Seks

Share This:

 

Seorang bekas suami bertindak kejam apabila sanggup mencurahkan asid ke alat sulit isteri apabila isterinya enggan melakukan seks dengannya.

 

Wanita terbabit kini bertarung nyawa akibat kesakitan pada bahagian alat sulitnya,dan serangan tersebut telah mengejutkan orang ramai dan penduduk di sana.

 

Lelaki itu, Ved Pal, melakukan serangan tersebut terhadap bekas isterinya, yang tidak didedahkan nama, di rumah yang didiami wanita itu di Uttar Pradesh, India.

 

Menurut doktor, keadaan wanita itu kritikal. Pasangan berkenaan telah berkahwin selama tujuh tahun dan mempunyai dua anak.

 

Bapa mangsa, Kedar Singh mendakwa Ved telah memukul anaknya terlebih dahulu sebelum mencurahkan asid terbabit. Ved turut mendapat bantuan daripada abangnya.

 

Singh mendapat tahu mengenai insiden tersebut selepas dihubungi oleh jiran anaknya, Mereka kemudian membawa mangsa ke hospital.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*