Drinkwater Tolak Tawaran England

Share This:

PENGURUS England, Gareth Southgate mendedahakan ada pemain yang menolak panggilan menyertai skuad kebangsaan.

England bakal menjadi tuan rumah dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa Jerman dan Brazil minggu ini.

Menurut Southgate salah seorang pemain yang dipanggilnya, Danny Drinkwater enggan menyertai skuad kerana ‘dia tidak bersedia’.

Bagaimana pun pengurus itu tetap ingin Drinkwater menyertai skuadnya dan berbincang mengapa tawaran menyertai pasukan kebangsaan ditolak.

Dilaporkan bekas pemain Leicester yang kini beraksi bersama Chelsea itu dibelenggu kecederaan sekaligus tidak beraksi lebih kurang dua bulan musim ini.

Selain itu, Southgate memilih untuk menyenaraikan beberapa pemain muda termasuk Tammy Abraham, Jordan Pickford dan Ruben Loftus-Cheek pada pertemuan bertemu Jerman awal pagi Sabtu ini.

Manakala Eric Dier dipilih sebagai kapten pasukan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*