Cinta Lama Zul Ariffin Dan Gayatri Bertaut Kembali ?

Share This:

Cinta lama bertaut kembali katanya. Khabar angin bertiup kencang, mendakwa Zul Ariffin kini kembali bercinta dengan Gayatri Su-Lin Pillai.


Menurut mStar Online, mereka berdua dilihat muncul di kampung halaman Zul di Taiping, Perak.


Difahamkan Zul terlibat dalam penggambaran filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid di sebuah hutan di Taiping sementara Gayatri ialah penerbit filem berkenaan.

Foto: Carian Internet

Sumber mengatakan, “Pada mulanya saya macam tidak percaya, tapi setiap hari saya tengok drama Titian Cinta, saya yakin itu Zul tapi saya terkejut perempuan sebelah itu bukan Zahirah tapi Gayatri.”


Tambahnya dia nampak Zul dan Gayatri di sebuah hotel keluar bersama menaiki kereta Mercedes hitam.

Foto: mStar Online

Selain mereka berdua, kru, pelakon dan pihak media yang membuat liputan turut menginap di hotel yang sama.


Zul dan Gayatri pernah menyulam cinta pada tahun 2012 namun terputus di tengah jalan.

Dengan kemelut yang melanda di antara Zul dan Zahirah Macwilson, nama Gayatri pula muncul sekarang. Apa kesudahannya nanti agaknya? 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*