(CEO) Tune Talk Nafi Ditahan Kerana Dadah

Share This:

 

Baru-baru ini,Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Talk, Jason Lo dikatakan menafikan laporan media bahawa beliau ditahan di Dubai baru-baru ini atas dakwaan memiliki dadah.

 

Memetik laporan The Edge Market, Jason Lo mengakui beliau ditahan di Dubai bagaimanapun kerana insiden pergaduhan yang tercetus ketika beliau selamat tiba di Dubai ketika itu.

 

Lo berkata beliau bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai polis pengintip, lapor portal berkenaan.

 

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan CEO sebuah syarikat telekomunikasi tempatan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai kerana memiliki dadah pada September lalu.

 

Portal berita itu memetik sumber sebagai berkata CEO terbabit yang tidak dinamakan dibebaskan selepas selesai menjalani hukuman di negara berkenaan pada Selasa lalu.
“Individu itu menjalani hukuman di Penjara Pusat Al-Aweer, Dubai.

 

“Dia ditahan pihak berkuasa UAE pada 18 September lalu sebaik tiba dengan penerbangan dari Amsterdam, Belanda,” kata sumber kepada portal berita tersebut.

 

Menurut sumber, pihak berkuasa menemui dadah yang disembunyikan di dalam bagasinya semasa pemeriksaan.

 

“Dia ditahan selama dua minggu di pusat tahanan lapangan terbang untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*