“Biarlah Apa Orang Nak Cakap..”-Luah Gadis Pencinta Haiwan

Share This:

 

Biarpun Dewi menerima kritikan netizen yang menuduhnya ‘gila glamour’ kerana memegang biawak yang dianggap ‘haiwan kotor’, pandangan orang ramai tidak menjejaskan minat Dewi kepada haiwan seperti itu. Selain ular dan biawak, Dewi juga tidak takut untuk bermain dengan labah-labah tarantula yang biasanya digeruni ramai kerana bisanya yang boleh membunuh.

 

Hanya mahu dikenali sebagai Dewi, gadis dari Kuala Kangsar, Perak ini dikatakan sedar dirinya teruk dikritik gara-gara gambarnya sedang mendukung seekor biawak tular di media sosial.

 

Seekor biawak yang diberi nama kenit itu sempat dijaga Dewi selama tiga bulan.

 

Selain itu,gadis berusia 21 tahun ini turut dituduh sengaja mahu popular dan ‘tunjuk berani’ sehingga sanggup bertindak begitu.

 

Lebih teruk lagi ada yang mengaitkan tindakannya itu dengan ‘dunia akhir zaman’ dan meramalkan tidak mustahil dia akan ditimpa sial atau terkena badi.

 

Menurut sumber, dia sedar dirinya dikritik, disindir dan dijadikan bahan lawak gara-gara posting tersebut, tetapi tidak mahu mempedulikannya kerana ada sebab dia memelihara haiwan yang diberi nama Kenit itu.

 

“Saya jumpa Kenit dekat sungai dalam keadaan luka dan tak bermaya Julai lalu.

 

“Sebab kasihan, saya terus bawa ‘dia’ balik ke rumah untuk dirawat. Saya peliharanya lebih kurang tiga bulan dan lepas sembuh saya lepaskan ‘dia’ walaupun rasa berat hati,” katanya yang mengambil keputusan membebaskan semula Kenit pada Oktober kerana mahu haiwan itu gembira di habitatnya.

 

Menurut Dewi, sebagai seorang pencinta haiwan, istilah ‘takut’ tidak timbul terutama jika melihat mana-mana haiwan cedera atau memerlukan bantuan.

 

Apatah lagi dengan koleksi pelbagai spesis ular termasuk ular tedung selar berukuran lebih empat meter yang menjadi haiwan peliharaannya, ‘berurusan’ dengan biawak bukanlah satu masalah besar untuk dirinya.

 

Dalam kes ini, Dewi berkata dia amat beruntung kerana tugasnya sebagai seorang jururawat dapat membantunya dari segi langkah penjagaan kebersihan dan pencegahan jangkitan kuman setiap kali dia menyentuh haiwan.

 

“Saya pakai sarung tangan, buat ‘hand washing’ setiap kali main atau bawa Kenit jalan-jalan, saya juga mandikannya dengan air bersih.
“Biarlah apa orang nak cakap yang penting biawak pun makhluk Allah, tak haram disentuh dan saya tak seksa Kenit,” katanya yang memberi Kenit makan isi ayam ketika berada bawah jagaannya.

 

Dewi berkata dia tidak pernah menyesal memelihara Kenit dan memuat naik gambar bersamanya di Facebook walaupun dirinya dikecam.

“Kenapa nak cakap ‘dia’ kotor, mulut orang yang cakap tu bersih ke?

 

“Lainlah viral saya dukung suami orang, yang itu nak kecam, kecamlah,” katanya

 

Tambahan lagi,Dewi dikatakan mempunyai 26 jenis ular dan beberapa haiwan lain yang dibeli dan ditangkap sendiri.

Katanya, selain digunakan untuk pertunjukan, dia juga akan membuat pertimbangan untuk menjual haiwan-haiwan ini jika ada yang berminat.

 

Dewi berkata setiap haiwan yang dipelihara mempunyai risiko apabila dipelihara dan dia juga tidak terlepas daripada dipatuk ular.

 

Ditanya sama ada dia mempunyai sebarang ilmu untuk menjinakkan atau menundukkan haiwan berbahaya Dewi menjawab: “Adalah sikit-sikit saya belajar daripada orang dulu-dulu.”

 

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*