Beranikah SPRM Bertindak Terhadap Penyelewengan Azmin Ali?

Share This:

Pendedahan demi pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan terus dipandang sepi oleh Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia. Pendedahan bersama maklumat dokumen yang dilampirkan dan banyak diantaranya menimbulkan keraguaan terlampau.

Penggunakaan dana negeri yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat terus diselewengkan atas nama pembangunan yang tidak memberikan faedah secara keseluruhannya untuk rakyat menikmatinya.

Pebelanjaan yang tidak terancang ini hanya menguntungkan berbagai pihak kontrantor yang sentiasa mencari ruang dan peluang dari sistem pemerintahan yang tidak bersih seperti DAP di Pulau Pinang dan  PKR di Selangor.

Diantara pendedahan yang telah dibongkar satu ketika daulu dan ianya seakan telah dimasukkan kedalam “Peti sejuk beku”  dan dibiarkan begitu sahaja telah banyak menimbulkan persoalan dan intergriti kedudukan SPRM dimata rakyat.

Hal yang lain rakyat melihat dengan satu atau dua aduan yang dilaporkan ke atas pemimpin kerajaan , SPRM mengambil sikap “segera” dalam melakukan tindakan.  Rakyat banyak membaca dan melihat bagaimana tindakan ini dilakukan.

Pada kali ini pendedahan terbaru telah dilakukan oleh SAMM lagi berikutan dengan pengagihan  projek yang mencurigakan jumlah yang ditawarkan. Pembongkaran ini  dilakukan dengan beberapa dokumen  yang telah ditunjukkan sebagai bukti oleh Badrul Hisham Shaharin (cheGuBard).

Pendedahan berani ini pada kali ini terus mencabar kredibiliti SPRM yang dikatakan amat berintergriti dalam soal pembabitan penghapusan rasuah dan penyelewengan dikalangan pemimpin politik. Apakah yang rakyat harapkan akan direalisasikan oleh SPRM?

Menurut CheGu Bard  sebelum PRK Sarawak terlalu banyak projek yang telah diluluskan di Selangor dibawah kepimpinan Azmin Ali dengan nilai yang tidak masuk akal  dan diberikan tanpa menyiarkan sebagai tender terbuka.

Ianya bermaksud projek projek tidak masuk akal ini diberikan secara terus kepada kroni-kroni rapat dengan Menteri Besar Selangor sehinggakan syarikat bertaraf Enterprise dapat projek bernilai jutaan ringgit.

Sebelum ini SAMM telah membuat beberapa pendedahan yang masih belum dijawab, antaranya ialah mengenai projek ubah suai ringan pintu gerbang dengan kos bernilai hampir RM10juta. Skandal pintu gerbang yang dilaporkan sehingga kini tidak mendapat perhatian SPRM untuk disiasat.

Projek ini mengecat ini yang dikatakan hasil daripada  wang penderma yang didahulukan kosnya oleh kerajaan negeri, malah salah seorang Adun PKR Selangor jawab kononnya ia kehendak istana. Keraguan ini sehingga kini tidak mendapat satu bentuk siasatan yang adil untuk rakyat.

Menurut pendedahan CheGu Bard lagi MB Selangor juga gagal perjelaskan apa kepentingan wang rakyat sebanyak RM65.03j dibazirkan untuk ubah suai Masjid Shah Alam seperti kerja ganti kubah dan pejabat masjid.

Apabila dibangkitkan oleh wartawan, Azmin marah dan suruh wartawan menjawab dengan tuhan, kerana ganti kubah mahal untuk bela syiar islam. Ini merupakan cara pihak Pakatan Harapan sebagaimana Anwar Ibrahim mematahkan soalan yang akan menjerat leher mereka sendiri.

Jika kita imbas secara ringkasnya  Rafizi dan Azmin serta Kit Siang adalah diantara pengkritik hebat  apabila mereka melihat kos kos pembangunan untuk rakyat dilaksanakan. Hal yang sama juga berlaku apabila  pihak pembangkang satu ketika dahulu  mengkriktik pembinaan Masjid Kristal di Terengganu.

Persoalannya, berapa banyak institusi Islam, sekolah-sekolah agama, pusat ilmu dan kebajikan Islam yang mampu terbela dengan jumlah wang RM69.04 juta, daripada hanya disalurkan ke sebuah masjid? Keraguan ini seharusnya  dipandang serius oleh pihak SPRM dan rakyat terus menanti tindakan yang adil dari SPRM.

Disini dibariskan beberapa projek yang meragukan dan dicurigai telah berlakunya amalan rasuah dan penyelewengan dan rakyat demi kepentingan beberapa individu yang terlibat dalam penerimaan projek tidak masuk akal ini.

Menurut SAMM lagi,

Pemberian kompartmen balak kepada dua syarikat tanpa tender terbuka. Satu syarikat bertaraf “enterprise” (bukan sdn bhd) telah diberi tanpa tender terbuka hak membalak bernilai puluhan juta ringgit. Bila dipersoal azmin cuba cuci tangan kononnya dia tak terlibat malah dia menipu dalam media pada awalnya dengan mengatakan pemberian balak itu melalui tender terbuka. Pendedahan SAMM juga dijawab oleh salah seorang exco selangor dengan ugutan saman.

Namun seluruh kerajaan selangor harus malu mempunyai MB yang dibuktikan menipu di media apabila dokumen minit mesyuarat kerajaan negeri yang berlebel “rahsia” yang didedah membuktikan kelulusan tender balak itu sememangnya tidak melalui proses tender terbuka dan Azmin terlibat mempengerusikan mesyuarat exco meluluskannya. Azmin terus membisu.

Terbaru kami mendapat dokumen projek di bawah tajuk “Cadangan menyiapkan tempat letak kereta perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam”. Projek ini diluluskan kepada sebuah syarikat dengan nilai RM43juta. Soalnya apakah relevannya RM43juta dibazirkan hanya untuk menyiapkan PARKIR sebuah perpustakaan? Lebih jenaka lagi melalui carian di media, perpustaan itu sendiri disiapkan hanya dengan kos RM60 juta sahaja (sebelum azmin MB). Ini membawa maksud tempat letak kereta hampir sama harga dengan perpustakaan?

Kegilaan seumpama ini harus dihentikan. Dalam simpanan kami ada banyak lagi projek mengarut membazir dengan nilai amat tidak munasabah. Sampai bila perkara ini harus diteruskan?

Azmin dituntut menjelaskan butiran perbelanjaan projek yang diluluskan dari pintu gerbang (RM9.7j), ubah suai Masjid Shah Alam (RM69.04j) dan terbaru tempat letak kereta perpustakaan RaTU, Shah Alam.

Harus diingat, rakyat Selangor suatu ketika dulu berkorban menumbangkan kerajaan Umno kerana memilih perubahan dan reformasi bersama Pakatan Rakyat. Jika kerajaan Selangor terus membazir dan hanguskan duit rakyat, apakah pengorbanan rakyat Selangor dipersiakan?

PKR, DAP, Amanah malah Pas yang sama membentuk kerajaan selangor harus tampil juga menyatakan pendirian mengenai kegilaan kerajaan Selangor di bawah Azmin yang meluluskan projek dgn nilai yang sangat menjolok mata. Projek yang diagih tanpa tender terbuka ini amat bertentangan dengan perjuangan yang semua laungkan selama ini. Jika tidak rakyat akan melihat kamu sama sahaja seperti Umno barisan nasional.

Lebih lagi ini membuktikan kempen memperguna nama rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ yang diterajui azmin bersama bapa angkatnya Mahathir hanya munafik semata-mata.

Badrul Hisham Shaharin (cheGuBard)
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*