Anggota RELA Seludup 700KG Daun Ketum

Share This:

Nama sahaja anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), tapi perangai tidak semenggah!

Harian Metro melaporkan, seorang anggota RELA cuba menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum ke negara jiran menggunakan pacuan empat roda (4WD).

Cubaannya itu berjaya dipatahkan sepasukan anggota Rejimen Sempadan (RS) yang menahan 4WD dipandunya di Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Menurut laporan, 4WD itu menggunakan laluan kebun getah menuju sempadan Malaysia-Thailand kira-kira jam 2.45 pagi.

Serangan hendap dilakukan lima anggota RS diketuai Koperal Sabran Latim selepas kenderaan terbabit kelihatan mencurigakan di kawasan Pos Sahara, kata Panglima 6 Briged, Briged Jeneral Abdul Aziz Ismail.

“Hasil pemeriksaan mendapati 4WD terbabit dipenuhi dengan plastik hitam yang kemudiannya disahkan mengandungi daun ketum, disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

“Semua 700 kg daun ketum bernilai RM66,500 itu dirampas bersama 4WD jenis Toyota Land Cruiser yang dianggar bernilai RM55,000 sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*